Kuala Lumpur: Terdapat usaha pihak tertentu cuba menghalalkan
penggunaan ganja di negara ini dengan mengemukakan ‘dalil’ tidak tepat
kononnya ganja digunakan meluas dalam perubatan Islam sejak sekian lama.
Difahamkan gerakan dipelopori golongan muda itu mendesak kerajaan
menghalalkan penggunaan dadah tradisional itu yang didakwa memberi kesan
positif kepada kesihatan diri berbanding dadah jenis lain.
Gerakan ini dikesan turut menyebarkan fakta palsu melalui laman
sosial WhatsApp dan juga Facebook bagi menarik golongan belia menyokong
perjuangan mereka.
Perkara itu bagaimanapun disifatkan tidak masuk akal oleh Ketua
Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang menganggap dadah ganja
berbahaya dan boleh memudaratkan kesihatan individu.
Beliau berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sama sekali tidak
menyokong penggunaan ganja di Malaysia, malah menentang keras usaha
pihak tertentu itu.
Sumber: Harian Metro (25 Februari 2016)
#HADK2016 #SAYANGIDIRIMU
Hidup ini terlalu indah untuk disiakan
Ambil Kisah. Ambil Tindakan.
No comments:
Post a Comment