Disediakan Oleh : Mohd Ezzry Bin Mustafa ( AADK Kuala Muda )
SUNGAI PETANI, 1 FEBRUARI : Musim perayaan merupakan waktu di mana
berlakunya penambahan kenderaan serta meningkatnya kemalangan di
jalanraya. Ini kerana ramai yang mengambil kesempatan untuk pulang ke
kampung mahupun bercuti bersama keluarga.
Agensi Antidadah Kebangsaan
Kuala Muda sekali lagi turut serta dalam Operasi Bersepadu Khas Tahun
Baru Cina 2016 di Terminal Bas Ekspres,
Bangunan Ukir Square, Pusat Transformasi Bandar Sungai Petani, Kedah.
Operasi ini bertujuan mengesan pemandu-pemandu bas ekspres mahupun bas
tambahan yang akan memulakan perjalanan dari trminal bas ke destinasi
yang ditetapkan. Banyak aspek diberi penumpuan disamping ujian saringan
air kencing dijalankan seperti khidmat nasihat serta peringatan kepada
pemandu-pemandu agar keselamatan penumpang perlu diberi keutamaan.
Ops
Bersepadu Khas Tahun Baru 2016 ini juga melibatkan Jabatan Pengangkutan
Jalan( JPJ ), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat ( SPAD ) serta Polis
DiRaja Malaysia.
Operasi ini akan berlangsung dari 1 Februari 2016
hingga 16 Februari 2016 sebagai langkah pencegahan agar kemalangan jiwa
dapat dielakkan akibat kecuaian pemandu, ketidaksempurnaan kenderaan
serta penggunaan dadah terlarang yang boleh menyebabkan berlakunya
peristiwa yang tidak diingini.
Akibat penggunaan dadah terlarang ini
bukan sahaja boleh menyebabkan diri terkorban namun nyawa penumpang
serta pengguna jalanraya yang lain turut menerima kesan yang cukup
mendalam. Pelbagai program pencegahan serta penguatkuasaan akan
dipertingkatkan dari masa ke semasa agar pengguna jalanraya sentiasa
berada di dalam keadaan yang stabil dan bebas dadah semasa memandu di
jalanraya.
Hidup ini terlalu indah untuk disiakan
Ambil Kisah. Ambil Tindakan.
No comments:
Post a Comment