Alhamdulillah, tarikh 19 Februari setiap tahun telah diistiharkan sebagai Hari Antidadah Kebangsaan. Sambutan
ini adalah untuk memberi peringatan bahawa dadah masih merupakan musuh
nombor satu negara dan ianya memerlukan pengorbanan dan komitmen seluruh
rakyat Malaysia supaya sentiasa bersama Agensi Antidadah Kebangsaan ke
arah mewujudkan Malaysia Bebas Dadah.
Walau bagaimanapun, besar harapan saya agar tarikh 19 Februari ini
bukan sekadar tarikh keramat yang perlu disambut setiap tahun tanpa ada
usaha yang lebih gigih untuk membanterasnya. Bukan sekadar keseronokkan
untuk disambut dan bukan untuk diperingati dan terus berlalu sepi
selepas tarikh tersebut.
Tahun 2015 telah berlalu, secara tak langsung matlamat kita untuk menjadi Malaysia sebuah Negara Bebas Dadah terkulai layu di jambangan. Dan dalam hal ini, AADK harus bertanggungjawab kepada kegagalan tersebut. Oleh yang demikian, pada tahun 2016 ini, gerak kerja perlu dipertingkatkan lagi, saya menyeru agar bersama-sama memperbaharui iltizam, memperteguhkan tekad dan semangat yang lebih kental tanpa rasa jemu dan kecewa terhadap usaha membanteras dadah kerana ianya merupakan masalah global yang semakin kompleks.
Sempena sambutan Hari Antidadah Kebangsaan 2016 ini, sekali lagi saya menyeru supaya individu memainkan peranan aktif dalam memastikan diri, keluarga dan masyarakat terhindar daripada gejala penagihan dadah. Sama-samalah kita memelihara diri kita yang dilahirkan seperti sehelai kain putih dan faktor sosialisi boleh mencorakkan kehidupan kita samada yang baik dan buruk. Oleh itu, marilah berganding bahu menyambut seruan tema Antidadah pada tahun ini iaitu #SAYANGIDIRIMU.
SELAMAT HARI ANTIDADAH KEBANGSAAN 2016
#perangidadahhabishabisan
#hadk2016

No comments:
Post a Comment