KUALA LUMPUR 1
Ogos – Gejala penyalahgunaan dadah dalam kalangan nelayan diakui berada
pada tahap serius hinggakan jika kesemua mereka menjalani saringan air
kencing, industri perikanan akan ‘lumpuh’ kerana ramai yang perlu
menjalani rawatan pemulihan.
Yang Dipertua Persatuan Mencegah Dadah
Malaysia (Pemadam), Datuk Seri Mohd. Johari Baharum berkata, ini
terutama dalam kalangan nelayan laut dalam yang bergantung kepada dadah
bagi membolehkan mereka bekerja untuk satu tempoh yang panjang.
“Agensi
Antidadah Kebangsaan (AADK) perlu membuat saringan air kencing kepada
semua nelayan. Bagaimanapun, jika itu dilakukan, maka kita tidak akan
makan ikan disebabkan tidak ada nelayan akan pergi ke laut (ditahan
kerana positif dadah).
“Malah, terdapat
awak-awak yang bekerja dalam industri ini terikat dengan pengusaha bot
laut dalam iaitu untuk mendapatkan dadah mereka terpaksa pergi ke laut
dan ini merupakan langkah pengusaha untuk ‘mencengkam’ golongan
tersebut,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita dalam Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Pemadam, di sini hari ini.
Yang
turut hadir, Timbalan Yang Dipertua Pemadam, Datuk Mohd. Suhaimi
Abdullah dan Ahli Parlimen Kepong merangkap Ahli Majlis Pemadam, Dr. Tan
Seng Giaw.
Sementara itu, mengulas mengenai
cadangan penanaman daun ketum untuk tujuan eksport, Mohd. Johari
menyifatkan perkara itu tidak wajar kerana tiada kajian yang menunjukkan
daun ketum baik untuk kesihatan.
Sehubungan
itu, katanya, pihaknya berharap Kementerian Kesihatan dapat
menyegerakan pembentangan akta khusus berkaitan penyalahgunaan ketum di
Dewan Rakyat bagi menangani isu tersebut.
“Sudah
dua kali ‘akta ketum’ dibentangkan untuk dibahaskan di Dewan Rakyat dan
kita berharap agar Kementerian Kesihatan dapat mempercepatkan
pembentangan akta ini dalam sidang akan datang,” jelasnya.
Sumber: Utusan Online 2 Ogos 2016
Hidup ini terlalu indah untuk disiakan
Ambil Kisah. Ambil Tindakan.
No comments:
Post a Comment