TANAH MERAH - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
meminta masyarakat bersama-sama dengan pihak berkuasa membanteras
aktiviti berkaitan dadah di seluruh negara.
"Masyarakat perlu mengenepikan fahaman politik kerana masalah ini masalah masyarakat dan negara.
"Semua rakyat di negara ini perlu peduli terhadap aktiviti tersebut
dan tidak meletakkan sepenuh tangungjawab (membanterasnya) kepada pihak
berkuasa," kata Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri.
Ibu bapa terutamanya, mempunyai tanggungjawab memastikan anak-anak
mereka tidak terjebak dengan gejala dadah, katanya ketika berucap
selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Mukim Jedok di sini hari ini.
Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden Umno yang menjalankan tanggungjawab
sebagai Timbalan Presiden Umno sedang dalam lawatan kerja sehari ke
negeri ini, terdahulu beliau menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat
dan merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Jeli di Pusat Dakwah
Jeli, Pondok Moden.
Ahmad Zahid berkata, ibu bapa perlu membendung masalah itu bermula dari
rumah lagi kerana najis dadah ini mula melibatkan pelajar sekolah
seawal usia tujuh tahun.
Beliau berkata, sebanyak 48 peratus daripada kira-kira 55,000 banduan
di penjara seluruh negara adalah pesalah yang terlibat dengan aktiviti
dadah.
"Mereka ini terlibat sama ada sebagai penagih atau pengedar dadah.
Peratus ini cukup memberikan kesan dan membimbangkan negara, tambahnya.
Ahmad Zahid mahu polis Kelantan meningkatkan usaha bagi membanteras
aktiviti dadah terutama yang melibatkan dadah jenis pil kuda
(Methamphetamine) yang didapati banyak di negeri ini. - Bernama
Hidup ini terlalu indah untuk disiakan
Ambil Kisah. Ambil Tindakan.
No comments:
Post a Comment