05 September 2016

Kumpulan Inovasi & Kreatif peringkat AADK

5 Sept 2016- TAHNIAH kepada CCRC Sungai Ruan kerana menjuarai Mini Konvensyen Kumpulan Inovasi & Kreatif peringkat AADK. Dengan inovasi bertajuk Kelewatan Proses Pendaftaran Klien Baharu diharapkan dpat dijadikan amalan terbaik kelak.

Tempat kedua milik AADK Negeri Selangor dengan tajuk projek 10 Borders berkisar Kelewatan Pengendalian Peralatan Ujian Saringan Air Kencing manakala Negeri Kelantan dengan tajuk Kesukaran Mengendalikan Panel Pameran meraih tempat ke 3.

Majlis dirasmikan oleh YBhg. Dato Dr Abd Halim bin Mohd Hussin selaku Ketua Pengarah AADK. Pengarah -pengarah negeri turut serta menyaksikan persembahan mereka.

KIK kali ini disertai oleh 6 kumpulan dari AADK Negeri Melaka, AADK Negeri Terengganu dan Klinik C&C Tampoi, AADK Negeri Kelantan, CCRC Sg Ruan dan AADK Negeri Selangor.






 
 



 


Hidup ini terlalu indah untuk disiakan
Ambil Kisah. Ambil Tindakan.

No comments:

Post a Comment