Berikutan peristiwa kemalangan yang disebabkan pemanduan berbahaya seorang wanita yang dikatakan berada dibawah pengaruh dadah methamphetamine, mari kita sama-sama melihat kembali mengapa dadah jenis ini mampu menjadikan pertimbangan seseorang itu terjejas dan tidak mampu berfikir dengan rasional.
Methamphetamine adalah dadah sintetik jenis perangsang. Dadah ini
selalu dipanggil kimia (kerana ia sintetik dan tidak terdapat secara
natural dari tumbuhan atau haiwan), ice / batu (kerana bentuknya seperti
batuan kristal mungkin) atau speed.
Amphetamine (sejenis dadah dalam kelas yang sama) telah disintesis
oleh seorang saintis Romania di German pada tahun 1887. Sintesis
methamphetamine telah dilakukan oleh Nagai Nagayoshi di Jepun dari
kompaun ephedrine yang diperolehi dari tumbuhan Ma Huang kemudiannya
pada 1893. Beberapa dekad kemudian, seorang lagi saintis Jepun Akira
Ogata menemukan cara untuk menghasilkan crystal meth dari ephedrine
dengan menggunakan red phosphorus dan iodine.
Contoh meth lab
Dahulu, methamphetamine dihasilkan untuk diberikan pada askar di
medan peperangan untuk meningkatkan kepekaan dan daya juang mereka.
Dalam Perang Dunia ke II contohnya, pil Pervitin digunakan oleh pasukan
dari Third Reich. Namun, ianya dihentikan apabila pengambilan pil
tersebut menyebabkan sesetengah askar bertindak secara ganas dan luar
kawalan terhadap orang awam dan rakan sepasukan mereka.
Penggunaan methamphetamine juga menyebabkan penggunanya cenderung
mengalami ketagihan dan menggalakkan penggunaan dadah ini secara
compulsive. Ia juga mengakibatkan kebergantungan seseorang terhadap
dadah ini dengan cepat.
Methamphetamine mampu menambat pada reseptor ‘trace-amine associated’
(TAAR1) yang berfungsi dalam regulasi adrenaline dan noradrenaline di
otak. Kehadiran meth pada reseptor ini akan menyebabkan pengambilan
semula neuropemancar adrenaline dan noradrenaline tidak berlaku. Malah
tindak balas ini juga menjejaskan juga pengambilan semula neuropemancar
dopamine dan serotonin. Jadi ia akan menyebabkan kebanjiran
neuropemancar-neuropemancar pada ruang sinaps neuron di otak.
Bukan itu saja, methamphetamine juga mampu bertindak seperti
adrenalin dan bertindak sebagai agonis terhadap reseptor alpha
adrenergic yang meningkatkan tekanan darah dan degupan jantung.
Pengambilan methamphetamine dalam dos yang rendah memberikan
peningkatan mood yang baik, meningkatkan kepekaan dan konsentrasi (sebab
itu ia banyak digunakan oleh pelajar dan pemain game (gamer yang
memerlukan kepekaan dan konsentrasi sepanjang permainan), menurunkan
nafsu makan dan membantu penurunan berat badan (menjawab persoalan
mengapa model cantik ambil meth).
Jika diambil pada dos yang tinggi atau penggunaan yang kerap,
penggunanya akan mengalami perubahan mood dan tindak tanduk yang tidak
dapat dijangka (mood swing and unpredictable behaviour). Malah ia juga
membangkitkan keinginan seks, delusi dan cenderung melakukan tidak balas
keganasan.
Penggunaan methamphetamine dengan kronik menyebabkan kemusnahan
sel-sel otak, terutamanya sel yang menghasilkan neuropemancar dopamine.
Kebanjiran dopamine pada ruang antara sinaps neuron adalah toksik dan
merosakkan neuron tersebut. Tidak hairanlah jika pengguna meth menghidap
penyakit seperti Parkinson di akhir usia.
Ada juga kajian yang menunjukkan kerosakan neuron pada pengguna meth
adalah disebabkan oleh kesan negative dari pengaktifan microglia. Sel
ini berfungsi seperti sel fagosit yang akan membunuh bakteria dan
memusnahkan bahan yang boleh mengganggu sel-sel di otak. Pengguna meth
kebanyakannya menunjukkan sel-sel microglia ini lebih banyak dari
normal. Ia dikatakan mampu menyerang neuuron-neuron yang sihat dan
merosakkannya.
Pengguna tegar juga kebiasaanya mengalami kerosakan gusi dan
kehilangan gigi yang teruk (digelar ‘meth mouth’). Keadaan ini berlaku
tanpa mengira bagaimanakah methamphetamine diambil (pengambilan cocaine
juga menyebabkan keadaan ini tetapi hanya jika diambil dengan mulut).
Ada pelbagai lagi kesan buruk yang tidak dapat disenaraikan
sepenuhnya disini. Kehilangan fungsi otak, hilang memori, fungsi
kognitif, tekanan darah tinggi, gangguan pada degupan jantung dan
pelbagai lagi. Jelas pengambilan methamphetamine ini tiada baiknya.
Malah tabiat ini juga berupaya memusnahkan kehidupan orang lain…
Sayangi diri dan keluarga. Jauhi dadah!
Sumber: Root Of Science
RUJUKAN
Halpin LE, Collins SA, Yamamoto BK. Neurotoxicity of Methamphetamine and 3,4-methylenedioxymethamphetamine. Life sciences. 2014;97(1):37-44. doi:10.1016/j.lfs.2013.07.014.
Thomas DM, Francescutti-Verbeem DM, Kuhn DM. Methamphetamine-induced neurotoxicity and microglial activation are not mediated by fractalkine receptor signaling. Journal of neurochemistry. 2008;106(2):696-705. doi:10.1111/j.1471-4159.2008.05421.x.
Yu S, Zhu L, Shen Q, Bai X, and Di X, Recent Advances in Methamphetamine Neurotoxicity Mechanisms and Its Molecular Pathophysiology. Behavioural Neurology, vol. 2015, Article ID 103969, 11 pages, 2015. doi:10.1155/2015/103969
Hidup ini terlalu indah untuk disiakan
Ambil Kisah. Ambil Tindakan.
No comments:
Post a Comment