09 February 2019

Program Kembara Perdana Antidadah Zon Pantai Timur

9 Februari 2019, Kuantan - Pasukan bermotosikal Program Kembara Perdana Antidadah Zon Pantai Timur yang diketuai oleh YDH CP Dato' Sri Zulkifli Abdullah, Ketua Pengarah AADK meneruskan program bersama Sukarelawan (SKUAD) AADK Negeri Pahang di Pantai Teluk Cempedak. Antara pengisian program ini adalah pelancaran gimik dan perasmian papan tanda PDH Teluk Cempedak dan edaran risalah dan pamphet kesedaran awam tentang bahaya dadah kepada masyarakat awam. 

Terima kasih juga diucapkan kepada Dato' Mohd Yusri bin Mat Nor, Pengerusi Skuad AADK Negeri Pahang kerana turut memberi sokongan kepada AADK dalam kempen perangi dadah habis-habisan dan tema bulan antidadah "komuniti kita tanggungjawab kita" dapat difahami dengan lebih berkesan.

  
  




 







No comments:

Post a Comment