Kajang, 9 Ogos : Lanjutan daripada pembentangan program transformasi perkhidmatan
rawatan dan pemulihan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di beberapa forum peringkat
antarabangsa, seramai 35 orang delegasi Projek GLOJ71/ TREATNET-Southeast Asia yang
mewakili tiga buah negara iaitu Vietnam, Myanmar dan Kemboja telah berminat untuk
mengadakan lawatan ke Klinik Cure & Care 1Malaysia Sungai Besi dan Cure and Care Service Centre (CCSC) Chow Kit.
Projek yang mendapat pembiayaan pihak UNODC ini bertujuan untuk membangunkan perkhidmatan rawatan dan pemulihan dalam komuniti (community-based). Lawatan ini turut disertai empat orang konsultan luar yang terdiri daripada pakar bidang perubatan / psikiatri, psikologi dan kerja sosial yang terlibat sama dalam membangunkan model rawatan dan pemulihan dalam komuniti di negara terlibat.
Lawatan selama tiga hari bermula pada 3 hingga 6 Julai yang lalu bertujuan untuk melihat sendiri kejayaan AADK dalam membangunkan dan melaksanakan perkhidmatan rawatan dan pemulihan dalam komuniti di Malaysia. Selain daripada itu, delegasi juga ingin berkongsi cabaran-cabaran yang AADK hadapi sepanjang proses pelaksanaan dan penyampaian modul rawatan dan pemulihan di dalam komuniti di Malaysia. Delegasi telah dibawa melawat keseluruhan Klinik Cure & Care 1Malaysia Sungai Besi diikuti dengan sesi taklimat yang telah disampaikan oleh En. Azizi bin Salleh, Timbalan Pengarah Klinik Cure & Care 1Malaysia Sungai Besi.
Berdasarkan pemerhatian, penerangan serta melalui soalan yang diajukan, delegasi telah menyatakan rasa kagum terhadap transformasi yang dilakukan AADK bagi merealisasikan penyampaian perkhidmatan rawatan dan pemulihan berkonsep open access dan sukarela. Lebih mengagumkan mereka apabila mengetahui proses transformasi berjaya direalisasikan dalam tempoh tiga (3) bulan sahaja.
Selesai lawatan di Klinik Cure & Care 1Malaysia Sungai Besi, delegasi telah bergerak ke Cure and Care Service Center (CCSC) Chow Kit selama satu jam bagi mendengar penerangan mengenai operasi dan perkhidmatan yang ditawarkan di CCSC Chow Kit oleh Pengurus Projek, YM Raja Azizan Suhaimi bin Raja Abd. Latif. Bersempena dengan lawatan ini juga, bengkel sehari bertajuk Community-based Drug Dependence Treatment turut dianjurkan oleh pihak UNODC bertujuan untuk mendapatkan input yang lebih mendalam mengenai program rawatan dan pemulihan di dalam komuniti di Malaysia.
Empat orang Resource Person terdiri daripada Cik Nazira Sadiron (AADK), Dr. Fazidah Yuswan (Kementerian Kesihatan Malaysia),Tan Sri Zaman Khan (NGO) dan juga Prof. Adeeba Kamarudin (CERIA Universiti Malaya).
Selama lima (5) hari berada di Malaysia, delegasi turut melawat fasiliti yang menawarkan
program rawatan terapi gantian seperti Klinik Kesihatan Tampin, IKHLAS Drop-in Centre Chow Kit dan Klinik Methadone di Penjara Kajang.
Gambar-gambar sekitar lawatan...
Gambar Sekitar Lawatan di Klinik Cure & Care 1Malaysia Sungai Besi & Care Service Centre
Chow Kit pada 3 Julai 2012
Gambar sekitar Bengkel Community-based Drug Dependence Treatment di Hotel Radius International,
Kuala Lumpur pada 6 Julai 2012
Sumber: Melati bt Ahmad Selar, Cawangan Antarabangsa, AADK
Think Health, not Drugs..
Hidup ini terlalu indah untuk disiakan..
No comments:
Post a Comment