Disediakan oleh : Unit Pencegahan AADK Negeri Sarawak
KUCHING, 3 MAC : Sempena Sambutan Hari Antidadah Kebangsaan (HADK) 2015, satu perhimpunan bersama pegawai dan kakitangan Agensi Antidadah Kebangsaan telah diadakan di CCRC Kuching bersama Pengarah AADK Sarawak Tuan
Wan Madihi bin Haji Wan Salleh.
Amanat perutusan YBhg. Dato’ Ketua Pengarah AADK Malaysia disampaikan oleh beliau kepada semua kakitangan AADK Negeri Sarawak, AADK Daerah Kuching, CCRC Kuching, CCSC Kuching dan Klinik C & C Kuching.
Amanat perutusan YBhg. Dato’ Ketua Pengarah AADK Malaysia disampaikan oleh beliau kepada semua kakitangan AADK Negeri Sarawak, AADK Daerah Kuching, CCRC Kuching, CCSC Kuching dan Klinik C & C Kuching.
Amanat perutusan YBhg. Dato’ Ketua Pengarah disampaikan oleh Ketua Daerah dan Penyelaras CCSC masing – masing.
Dalam perutusan tersebut, YBhg. Dato’ Ketua Pengarah menyeru agar semua
kakitangan berazam untuk terus beriltizam dan memperbaharui tekad dalam memberi
perkhidmatan yang terbaik dan berkesan kepada semua klien dan ahli keluarga serta
seluruh rakyat yang mempunyai masalah dadah.
Tema “Dadah….Kesannya
Membinasakan” dipilih sebagai pesanan dan peringatan kepada semua mengenai
bahaya dadah. Diharap dengan adanya kata sepakat dalam menjalankan tugas, maka
kita mengharapkan hasil yang diredhai dan mendapat berkat dari-Nya.
Selesainya perhimpunan, pertandingan sukan antara kumpulan telah diadakan bagi
memberi peluang dan ruang kepada kakitangan untuk mencungkil bakat dalam
bersukan.
Hidup ini terlalu indah untuk disiakan.
AMBIL KISAH. AMBIL TINDAKAN.
No comments:
Post a Comment