KANGAR, 2 MAC : Isu dan masalah ketum amat serius di kalangan penduduk sekitar
kawasan utara tanah air meliputi Negeri Perlis dan Kedah. Menyedari betapa seriusnya
isu dan masalah berkenaan, Pengarah AADK Negeri Perlis Puan Azizah binti Ahmad
yang merupakan pengarah baru AADK Negeri Perlis telah turun padang menjejaki dan
mengenalpasti kawasan-kawasan di sekitar Negeri Perlis yang terlibat dengan
penanaman pokok ketum.
Aktivti turun padang penting bagi membolehkan beliau melihat sendiri senario
permasalahan ketum di Negeri Perlis, dan seterusnya merangka gerak kerja yang
lebih efektif bagi menangani isu ini. Mantan Pengarah AADK Negeri Perlis iaitu En.
Mohamad Zaki Farkhi bin Ahmad juga turut serta dalam aktiviti turun padang ini bagi
menerangkan dan member penjelasan yang lebih terperinci kepada beliau.
Selain melihat sendiri penanaman ketum di sekitar Perlis, Pn. Azizah turut turun padang
bertemu dan bersuamuka dengan Ahli Jawatankuasa keselamatan Kampung (JKKK)
dan penduduk-penduduk kampong bagi merangka kerjasama erat untuk menangani
masalah ketum di kawasan yang telah dikenal pasti. AADK Negeri Perlis akan terus
mempergiatkan program dari segi pencegahan dan penguatkuasaan bagi memastikan
gejala ini dapat dibendung.
Diharapkan pelbagai usaha dan tindakan pihak AADK ini
akan mendapat kerjasama baik dari semua pihak dalam usaha memastikan rakyat
Negeri Perlis bebas dari penyalah gunaan daun ketum dan dadah.
Perjumpaan Pn. Azizah binti Ahmad bersama Ahli Jawatankuasa Keselamatan Kampung (JKKK) dan penduduk penduduk kampung.
Hidup ini terlalu indah untuk disiakan.
AMBIL KISAH. AMBIL TINDAKAN.
No comments:
Post a Comment