DUNGUN - Dua beradik berusia 14 dan 18 tahun antara ditahan ketika
serbuan pegawai bersama anggota Bahagian Siasatan Jenayah dan Narkotik
IPD Dungun, di sebuah rumah di Felda Jerangau, kelmarin.
Suspek berusia 18 tahun ditahan bersama dua botol heroin seberat 8.6
gram dan 8 biji pil kuda serta dipercayai mengedar serta menjadi
pembekal kecil untuk penagih di sekitar kawasan itu.
Manakala adiknya yang tidak bersekolah dipercayai bersubahat dan
disahkan positif dadah menerusi saringan air kencing yang dilakukan.
Serbuan Ops Tapis yang diketuai Inspektor Mohd Ridhuan Ismail dibantu
lima anggota itu bermula jam 7.30 hingga 11.30 pagi dan tiga rumah
diserbu yang membawa tangkapan empat suspek berusia antara 14 hingga 29
tahun.
Serbuan di dua rumah seterusnya berjaya menahan dua lagi suspek
dipercayai turut mengedar dadah dan satu botol heroin serta 140 pil kuda
dirampas.
Kesemua ditahan disahkan positif dadah dan dua daripadanya turut
memiliki rekod kesalahan lampau berkaitan dadah dan kesemua mereka di
tahan reman untuk siasatan serta tindakan lanjut.
Kes disiasat di bawah 39A2 Akta Dadah Berbahaya (ADB( 1952, 39A1 ADB 1952 dan 3 (1) Akta Penagihan Dadah (APD) 1983.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Ahmad Zailani Yaacob ketika dihubungi mengesahkan laporan berkenaan.
Sumber Sinar Harian 24 November 2015
Hidup Ini Terlalu Indah Untuk Disiakan
Ambil Kisah.Ambil Tindakan
No comments:
Post a Comment