Antara penangih dadah yang ditahan dalam serbuan di ladang sawit di Sitiawan.
Manjung: Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Manjung menahan 27 orang
berusia 18 hingga 46 tahun dalam serbuan di sebuah ladang kelapa sawit
di Pekan Sitiawan, di sini, yang dipercayai dijadikan lokasi penagihan
dadah, jam 6 pagi semalam.
Dalam serbuan selama lima jam itu, dua remaja lelaki berusia 18 dan
19 tahun cuba melarikan diri dengan memecut motosikal mereka, namun
berjaya ditahan penguatkuasa AADK sebelum ujian air kencing mendapati
mereka positif dadah.
Ketua Pegawai AADK Manjung, Sharuddin Abd Salam berkata, tindakan dua
remaja berkenaan berjaya dikejar dan dipintas anggotanya yang sudah
bersedia menunggu dengan motosikal selama tiga minit.
"Serbuan itu hasil daripada risikan yang dijalankan AADK selama dua
minggu dan daripada 27 individu yang ditahan 17 daripadanya positif
dadah jenis morfin dan methampetamin manakala individu yang lain turut
ditahan kerana berada di lokasi itu.
"Ketika serbuan dijalankan kesemua mereka sedang melepaskan gian dan
kawasan berkenaan adalah salah satu kawasan yang diberi tumpuan,"
katanya.
Sharuddin berkata, AADK turut merampas beberapa peralatan yang
disyaki digunakan untuk menghisap dadah seperti straw, sudu, tiub dan
jarum di kawasan berkenaan.
Sumber: Harian Metro 10 Ogos 2016
Hidup ini terlalu indah untuk disiakan
Ambil Kisah. Ambil Tindakan.
No comments:
Post a Comment