ALOR SETAR: Sindrom penafian berisiko menjadi barah yang boleh menyebabkan peningkatan kes penyalahgunaan dadah di negara ini.
Naib
Pengerusi Kanan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee
Lam Thye , berkata sindrom penafian lazim dalam kalangan ahli keluarga
khususnya ibu bapa mengenai penagihan dadah oleh anak masing-masing.
"Sewajarnya
ia dihentikan segera jika semua pihak mahu melihat negara terus aman
dan maju. Sikap ini bukan sahaja membabitkan ibu bapa, malah guru di
sekolah untuk jaga nama baik keluarga atau sekolah, sedangkan impaknya
kepada negara adalah lebih besar.
"Sindrom ini akan
memudaratkan keluarga, masyarakat dan negara jika tidak dibendung. Jadi
saya gesa ibu bapa dan guru hentikan sikap ini demi generasi akan
datang.
"Dadah terbukti boleh merosakkan ekonomi negara
serta keamanan yang kita kecapi. Ibu bapa berdiam diri, anak mereka akan
mula mencuri barang berharga di rumah dan kejiranan sehingga akhirnya
masyarakat tidak aman," katanya.
Beliau berkata demikian
ketika ditemui selepas Program Rakyat Sihat Tanpa Dadah (Bersama
Memerangi Dadah) di Dewan Kebajikan Penduduk Taman Setia Jaya, di sini
hari ini.
Lam Thye berharap penjaga serta guru mengambil
inisiatif mendedahkan pembabitan anak dan pelajar dengan dadah,
khususnya kepada pihak berkuasa serta Agensi Antidadah Kebangsaan
(AADK).
"Ia supaya tindakan sewajarnya dapat diambil,"
katanya yang turut menggesa semua parti politik termasuk pembangkang,
berganding bahu menyelesaikan isu penyalahgunaan dadah.
Katanya,
dadah tidak harus menjadi isu politik untuk menuding jari antara satu
sama lain, sebaliknya agenda setiap parti bagi bersama-sama membanteras
'musuh' negara itu.
"Setiap parti politik perlu menunjukkan
kerjasama supaya rakyat tidak fikir ia hanya tanggungjawab pihak
tertentu. Apabila semua parti politik bersatu, secara tidak langsung
rakyat sendiri akan bersatu tangani isu ini.
"Kita sudah
sampai satu peringkat yang sangat serius dan membimbangkan. Hanya dengan
pendekatan bersepadu dan kerjasama semua pihak, ia boleh dibendung,"
katanya.
Sumber: bharian.com.my/
Hidup ini terlalu indah untuk disiakan
Ambil Kisah. Ambil Tindakan.
No comments:
Post a Comment