Majoriti negeri di Amerika Syarikat sudah pun meluluskan penggunaan 'Medical
Marijuana' untuk tujuan perubatan. Pesakit perlu mendapat pemeriksaan dari
doktor. Mereka yang layak akan memperolehi kad khas untuk membeli 'medical marijuana'
dari penjual-penjual sah.
Jenis penyakit yang dibenarkan untuk dirawat dengan marijuana pula
berbeza-beza mengikut tempat. Ada yang membenarkan penggunaan marijuana dengan
menyedutnya dan ada pula yang hanya membenarkan penggunaan ekstrak nya sahaja.
Pejuang-pejuang legalisasi ganja di Malaysia yang berkiblatkan Amerika
Syarikat sering mengangkat inisatif ini sebagai satu perubahan yang telah
mengubah status kesihatan rakyat di sana.
Namun begitu, kesan meluluskan penggunaan medical marijuana ini tidaklah
semanis apa yang diteriakkan oleh golongan ini.
Kadar insiden beberapa jenis kanser seperti kanser testikular, servik,
prostat, mulut dan beberapa jenis kanser lagi didapati meningkat di kalangan
pengguna ganja.
Kelulusan penggunaan medical marijuana ini juga telah menyebabkan penggunaan
ganja secara salah turut meningkat. Banyak pihak mengambil kesempatan di atas
kelonggaran undang-undang ini untuk menggunakan ganja bukan untuk tujuan
perubatan.
Terdapat juga data yang menunjukkan peningkatan penggunaan ganja yang
menyebabkan masalah kesihatan yang lebih teruk terhadap penggunanya.
Kajian menunjukkan dengan kelonggaran ini dianggarkan seramai 1 juta rakyat
US akan menggunakan ganja dan 500,000 akan mempunyai masalah berkaitan
penggunaan ganja dalam masa terdekat.
Satu kajian lagi menunjukkan kebanyakan pesakit yang mempunyai kad sah untuk
membeli marijuana sebenarnya telah pun mula menggunakan ganja seawal sebelum
berumur 25 tahun lagi. Ini menunjukkan mereka telah pun menggunakan ganja
sebelum mereka sakit.
Pesakit yang mempunyai kad tersebut juga didapati menyalahguna kad mereka
dengan menjual atau berkongsi ganja dengan orang lain dengan tujuan rekreasi.
Selain itu, kes keracunan ganja ke atas kanak-kanak juga meningkat setelah
penggunaannya diluluskan. Kebanyakan kes ini terjadi akibat mereka mengambil
makanan yang mengandungi ganja yang terdapat di rumah mereka.
Penggunaan 'medical marijuana' tidaklah semudah dan seindah yang sering
dicanangkan oleh sesetengah golongan. Kekurangan bukti keberkesanan berserta
peningkatan kes keracunan dan gejala sosial perlu dipandang serius demi
kesejahteraan masyarakat umum.
Sumber:
Fahmi Hassan
Pharmacist
fb.com/fahmiabad
fahmihassan.net
http://jamanetwork.com/…/jamapsych…/article-abstract/2619522
http://www.who.int/…/controlled-sub…/6_2_cannabis_update.pdf
http://jamanetwork.com/…/jamapsych…/article-abstract/2619521
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/25375878
Hidup ini terlalu indah untuk disiakan
Ambil Kisah. Ambil Tindakan.
No comments:
Post a Comment