#PerangiDadahHabisHabisan‬

#PerangiDadahHabisHabisan‬

SELAMAT DATANG..

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh
#ambilkisahambiltindakan

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah
#ambilkisahambiltindakan

26 August 2020

Penerimaan masyarakat terhadap penguatkuasaan Agensi Antidadah Kebangsaan

 INFO DADAH SIRI 3/2020
SKOP: PENERIMAAN MASYARAKAT TERHADAP PENGUATKUASAAN AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN
TARIKH KELUARAN: 1 JULAI 2020

 1. Laporan ini adalah berdasarkan Kajian Di Bawah Geran Penyelidikan ilmiah AADK bagi tahun 2018 yang dibuat oleh Universiti Malaya (UM) dalam bidang Penguatkuasaan. Diketuai oleh Dr. Azmawaty Mohamad Nor, Dr. Shanina Sharatol Ahmad Shah, Prof. Madya Dr. Mohd Awang Bin Idris, Prof. Dr. Haslee Sharil Lim Abdullah dan En. Zolkifli Mohd Dom dari AADK. Sampel kajian terdiri daripada :
i. 342 responden menggunakan kaedah tinjauan; dan
ii. 45 peserta kajian menggunakan kaedah temubual berfokus


2. Kajian ini mengambil masa selama 13 bulan iaitu dari Jun 2018 sehingga Mac 2019.Lokasi persampelan adalah di Kuala Lumpur, Pahang, Kedah dan Johor. Objektif kajian ialah:
i. Mengkaji tahap kesedaran masyarakat terhadap penguatkuasaan AADK
ii. Mengkaji penerimaan masyarakat terhadap penguatkuasaan AADK
iii. Mengkaji penglibatan masyarakat terhadap penguatkuasaan AADK


3. Berikut merupakan dapatan yang telah diperolehi daripada kajian tersebut:

3.1 Hasil analisis temubual kajian mengenai penerimaan masyarakat terhadap penguatkuasaan AADK menghasilkan sembilan tema akhir perbincangan. Tema tersebut juga dianalisis berdasarkan episod temubual, koding awal, dan tema perbincangan setiap negeri yang telah dibentuk untuk mendapatkan tema akhir perbincangan. Sembilan tema akhir tersebut adalah:
i. Pengurangan masalah jenayah
ii. Pemantapan penguatkuasaan
iii. Tangkapan tokan-tokan dadah
iv. Pembersihan kawasan penagihan dadah
v. Menambahbaik perkhidmatan
vi. Memberi kuasa tangkapan kepada penguatkuasa AADK
vii. Ancaman keselamatan
viii. Masyarakat mendekatkan diri dengan ahli komuniti
ix. Pendidikan awal dan keagamaan.


3.2 Hasil dapatan menunjukkan masyarakat berpendapat bahawa penguatkuasaan AADK berperanan penting dalam usaha mengurangkan masalah dadah di Malaysia.


3.3 Berdasarkan perspektif masyarakat, masyarakat menyedari bahawa AADK memainkan peranan dalam mengawal masalah berkaitan dadah. Namun begitu, hasil temubual bersama masyarakat dan disokong oleh OKP dan penguatkuasa menyatakan keperluan untuk memantapkan bidang penguatkuasaan AADK. Masyarakat mengetahui peranan penguatkuasaan AADK melalui khidmat aduan serta promosi perkhidmatan kepada komuniti terutamanya di sekolah-sekolah. Program komuniti yang diadakan di kawasan penempatan mereka juga membantu menambahkan pengetahuan masyarakat terhadap penguatkuasaan AADK.


3.4 Masyarakat memandang AADK bukan sahaja sebagai sebuah agensi yang berperanan dalam mengawal masalah penyalahgunaan dadah, malah turut perlu untuk meningkatkan kuasa penguatkuasaan untuk mengawal dan mencegah jenayah berkaitan dadah.


3.5 Masyarakat berpendapat bahawa bidang penguatkuasaan AADK perlu menangkap tokan-tokan dadah bagi mengurangkan masalah penagihan dadah.


3.6 Masyarakat menyedari kepentingan AADK untuk membanteras kawasan penagihan dadah bagi mengurangkan kesan kemudaratan dalam kawasan komuniti. Pembersihan kawasan penyalahgunaan dadah ini juga dilihat sebagai usaha dalam menangani masalah penyalahgunaan dadah melalui peranan penguatkuasaan AADK serta mewujudkan kawasan komuniti yang lebih selamat daripada bahaya dadah.


3.7 Masyarakat juga menyatakan keperluan pihak penguatkuasa untuk diberikan senjata lengkap, alat penyamaran, dan kemudahan logistik yang membantu operasi penguatkuasaan. Kesemua penambahbaikan ini membantu pihak AADK untuk dinaiktaraf menjadi sebuah jabatan dalam mengatasi kekurangan sumber manusia dan isu pakaian seragam.


3.8 Masyarakat berpendapat bahawa penguatkuasa AADK perlu diberikan kuasa tangkapan. Tema ini terhasil daripada rasa kekecewaan masyarakat terhadap limitasi pihak penguatkuasa AADK untuk menangani masalah penjualan dadah.


3.9 Majoriti masyarakat juga menyuarakan pendapat tentang isu tangkapan dan tahanan reman yang singkat terhadap orang yang disyaki menagih dadah. Hasil temubual kajian ini memperlihatkan keperluan untuk mewartakan Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 bagi memberi kuasa tangkapan kepada penguatkuasa AADK dalam isu pengedaran dadah.


3.10 Masyarakat dan OKP menyatakan bahawa kerjasama yang diberikan kepada pihak penguatkuasaan AADK boleh menimbulkan ancaman keselamatan kepada mereka. Ancaman keselamatan ini termasuklah mereka berasa takut atas faktor keselamatan diri dan keluarga apabila memberikan kerjasama dari segi pemberian informasi aktiviti penyalahgunaan dadah, kawasan penagihan, dan pengedaran. Dapatan temubual ini menunjukkan kepentingan AADK dalam merangka usaha baru melalui penambahbaikan perkhidmatan yang dapat meningkatkan kerjasama masyarakat serta mengurangkan ancaman keselamatan.


3.11 Kerjasama masyarakat dalam menangani isu penagihan adalah penting untuk mengurangkan masalah dadah dalam komuniti.


3.12 Masyarakat berpendapat pendidikan awal dan keagamaan penting sebagai langkah pencegahan permasalahan dadah. Pendidikan awal dan keagamaan ini merujuk kepada penglibatan masyarakat serta ibu bapa dalam usaha mengurangkan masalah penagihan, jenayah, dan penyalahgunaan dadah.


Kesimpulan / Syor:

1. Dapatan kajian digunakan sebagai input / mesej yang boleh diwar-warkan di dalam Media Massa iaitu peranan AADK sebagai agensi yang memberi sumbangan terhadap penyelesaian dan pengawalan masalah dadah di dalam komuniti.

2. Konsep AADK sebagai “Big Brother” yang membantu ahli keluarga dan klien yang bermasalah dadah perlu diberi perhatian dan sentiasa diberi highlight.

 

Disediakan oleh:
Bahagian Dasar, Perancangan & Penyelidikan (BDPP), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK)


 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

#kemakmurandankesejahteraanbersama
#dadahterkawal2025
#kitajagakita


Hidup ini terlalu indah untuk disiakan
Ambil Kisah. Ambil Tindakan
 

 

 

No comments:

Post a Comment

Selamat Tahun Baru 2020

Selamat Tahun Baru 2020
#ambilkisahambiltindakan

We Are Drug Free. Join Us

We Are Drug Free. Join Us
#ambilkisahambiltindakan

Selamat Hari Raya