#PerangiDadahHabisHabisan‬

#PerangiDadahHabisHabisan‬

SELAMAT DATANG..

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh
#ambilkisahambiltindakan

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah
#ambilkisahambiltindakan

25 August 2020

Tinjauan Umur Mula Menyalahguna Dadah

 INFO DADAH SIRI 2/2020
SKOP: TINJAUAN UMUR MULA MENYALAH GUNA DADAH
TARIKH KELUARAN: 15 JUN 2020

Laporan ini adalah berdasarkan tinjauan terhadap Klien yang sedang menjalani rawatan dan pemulihan di fasiliti Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK). Sejumlah 2,415 orang klien di Cure & Care Rehabilitation Centre (CCRC) dan Klinik Cure & Care telah terlibat sebagai responden di dalam tinjauan ini. Kutipan data telah dilaksanakan pada bulan Oktober 2019. Objektif kajian ini adalah untuk melihat umur mula menyalah guna dadah dan faktor risiko yang menyebabkan penglibatan dalam penyalahgunaan dadah dan bahan. Berikut merupakan pecahan maklumat yang telah diperolehi daripada tinjauan tersebut:

 
Jadual 1 memaparkan data bagi kategori umur ketika dikesan dan umur mula menyalah guna dadah dalam kalangan klien AADK. Didapati umur mula menyalah guna dadah dalam lingkungan 13 tahun hingga 15 tahun dan 20 tahun hingga 24 tahun merupakan umur yang paling terlibat masing-masing sebanyak 518 orang (21.4 peratus) dan 516 orang (21.4 peratus).
 
 
 
Jadual 2 menunjukkan data bagi umur mula menyalah guna dadah dan faktor risiko dalam kalangan umur 0 hingga 12 tahun. Sejumlah 143 orang klien yang umur mula menyalah guna dadah dan bahan dalam lingkungan umur 5 tahun sehingga 12 tahun. Hasil tinjauan menunjukkan seawal umur 5 tahun telah terlibat dalam penyalahgunaan dadah dan bahan. Terdapat beberapa faktor risiko yang menyebabkan klien terdedah dalam penyalah guna dadah dan bahan pada usia yang muda iaitu penglibatan anggota keluarga terdekat dalam penagihan dadah, latarbelakang pekerjaan ibubapa, kawasan penempatan serta latarbelakang pendidikan dan agama.

 
Carta 1 menunjukkan graf bagi pecahan umur mula menyalah guna dadah dan bahan dalam kalangan remaja yang berumur 13 tahun sehingga 18 tahun. Peratus tertinggi iaitu 24.6 peratus adalah remaja berusia 15 tahun. Diikuti dengan remaja berumur 18 tahun dengan 21.0 peratus.
 

Kesimpulan:

1. Pendidikan Pencegahan dadah hendaklah dimulakan daripada peringkat Pra Sekolah dan diteruskan ke peringkat Sekolah Rendah serta Sekolah Menengah;

2. Pemimpin Komuniti hendaklah merangka program khusus kepada remaja yang telah selesai mengikut peperiksaan utama seperti PMR dan SPM;

3. AADK dengan kerjasama KPM perlu melaksanakan program booster untuk remaja yang berisiko tinggi;

4. Pihak Kerajaan dengan kerjasama pemimpin belia/komuniti hendaklah mengenalpasti dan membuat follow up terhadap remaja berisiko tinggi;

5. Kemahiran keibubapaan perlu diperkukuhkan melalui program khusus oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), terutamanya bagi ibubapa yang mempunyai anak berumur 18 tahun ke bawah.

6. AADK perlu mempertingkatkan program Family Association dengan membuat pencegahan awal kepada anak-anak penagih dadah/ ahli keluarga penagih dadah agar anak-anak mereka tidak terlibat dalam penyalahgunaan dadah dan bahan pada usia yang muda.

Disediakan oleh:
Bahagian Dasar, Perancangan & Penyelidikan (BDPP), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) 

#kemakmurandankesejahteraanbersama
#dadahterkawal2025
#kitajagakita


Hidup ini terlalu indah untuk disiakan
Ambil Kisah. Ambil Tindakan

No comments:

Post a Comment

Selamat Tahun Baru 2020

Selamat Tahun Baru 2020
#ambilkisahambiltindakan

We Are Drug Free. Join Us

We Are Drug Free. Join Us
#ambilkisahambiltindakan

Selamat Hari Raya