#PerangiDadahHabisHabisan‬

#PerangiDadahHabisHabisan‬

SELAMAT DATANG..

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh
#ambilkisahambiltindakan

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah
#ambilkisahambiltindakan

24 August 2020

Penyalahgunaan Dadah Dalam Kalangan Remaja

INFO DADAH SIRI 1/2020
SKOP: PEYALAHGUNAAN DADAH DALAM KALANGAN REMAJA
TARIKH KELUARAN: 4 JUN 2020

 

BAHAGIAN A – STATISTIK BERKAITAN PENYALAHGUNAAN DADAH DALAM KALANGAN PENYALAH GUNA DADAH REMAJA

 
 
 
 
 
 
BAHAGIAN B – DAPATAN KAJIAN BERKAITAN PROFIL REMAJA BERISIKO DAN PENAGIH DADAH DI MALAYSIA

Kajian tinjauan telah dijalankan oleh Mohammad Nasir Bistamam et al. (2015) ke atas 2,984 orang remaja sekolah bagi mengenal pasti profil tingkah laku remaja berisiko mengambil dadah berdasarkan aspek demografi di seluruh Malaysia menunjukkan;

i. 32.9% responden mempunyai tingkah laku yang berisiko mengambil dadah seperti melihat kawan menyalahguna dadah, merokok, menghidu gam, mengambil bahan khayal, bergaul dengan kawan menghisap ganja dan minum air ketum.

ii. Ciri- ciri remaja berisiko mengambil dadah telah dikenalpasti iaitu; Berumur 10 – 15 tahun; Mengalami Antisiden iaitu Kegagalan Fungsi Keluarga; Miskin; Mempunyai tanda luaran iaitu pencapaian akademik rendah dan tidak aktif dalam aktiviti sekolah.

iii. Remaja lelaki lebih tinggi risiko mengambil dadah berbanding remaja perempuan.

iv. Remaja India pula didapati paling berisiko mengambil dadah, diikuti oleh remaja Melayu, Bumiputera Sarawak, Cina, Bumiputera Sabah dan Pribumi Semenanjung.

v. Remaja yang tinggal di pinggir bandar adalah paling berisiko mengambil dadah, diikuti remaja yang tinggal di kampung, remaja yang tinggal di FELDA dan remaja yang tinggal di bandar.

vi. Berdasarkan analisis mengikut status penjagaan pula didapati remaja yang tinggal bersama bapa dan ibu tiri serta remaja yang tinggal bersama bapa sahaja (bapa tunggal) adalah paling berisiko bertingkah laku mengambil dadah. Ini diikuti dengan remaja yang tinggal dengan ibu dan bapa tiri, tinggal dengan penjaga (selain daripada ibu bapa), tinggal dengan ibu sahaja (ibu tunggal) dan akhir sekali remaja yang tinggal dengan ibu dan bapa.

vii. Analisis berdasarkan bilangan adik beradik dan pendapatan keluarga pula menunjukkan tren remaja yang mempunyai adik beradik ramai lebih berisiko bertingkah laku mengambil dadah berbanding remaja yang bilangan adik beradik sedikit, remaja pendapatan keluarga rendah pula lebih berisiko bertingkah laku mengambil dadah berbanding remaja pendapatan keluarga yang sederhana dan tinggi.

viii. Dari aspek pencapaian akademik dan penglibatan di sekolah pula menunjukkan remaja yang pencapaian akademik rendah lebih tinggi risiko bertingkah laku mengambil dadah berbaanding remaja pencapaian akademik yang sederhana dan pencapaian akademik tinggi.

ix. Remaja yang sangat pasif dalam aktiviti sekolah paling tinggi berisiko bertingkah laku mengambil dadah berbanding remaja sederhana dalam aktiviti sekolah. Remaja aktif dalam aktiviti sekolah sangat kurang berisiko mengambil dadah.
 

Kajian oleh Yahya Buntat dan Dzulkhissham Rahmat @Rahaman (2015) terhadap penagih dadah yang mengikuti program rawatan dan pemulihan di pusat pemulihan AADK mendapati bahawa mereka mempunyai profil signifikan seperti berikut;

i. Responden berhenti sekolah pada umur antara 15-18 adalah seramai 2,286 orang (61.7%), responden berumur antara 11-14 tahun seramai 889 orang (24.0%). Responden yang berhenti pada umur 19 tahun ke atas seramai 383 (10.3%). Manakala responden berumur 10 tahun ke bawah pula seramai 145 orang (3.9%).

ii. Tahap pendidikan agama responden yang terlibat di mana responden yang tidak bersekolah agama seramai 1,272 orang (34.4%), dikuti mereka yang bersekolah agama darjah 4-6 iaitu seramai 1,172 orang (31.7%). Bagi mereka yang bukan beragama Islam pula, mereka telah mengikuti kelas lain-lain pengajian agama seramai 609 orang (16.4%). Mereka yang menghadiri kelas agama khas seramai 220 orang (5.9%). Responden yang bersekolah agama darjah 1-3 seramai 194 orang (5.2%). Bersekolah arab seramai 116 orang (3.1%) manakala bagi mereka yang menghadiri kelas agama pondok seramai 91 orang (2.5%) dan kelas tahfiz seramai 29 orang (0.8%).
 

Disediakan Oleh;
Bahagian Dasar, Perancangan dan Penyelidkan
Agensi Antidadah Kebangsaan
Kementerian Dalam Negeri

Rujukan:
Mohammad Nasir Bistamam, Aslina Ahmad, Amelia Mohd Noor, Ahmad Jazimin Jusoh, Mohd Bazlan Mustafa, Noraini Ismail, Samsiah Mohd Jais, Faizura Rohaizad, & Mohd Noor Idris. (2015). Profil Tingkah Laku Remaja Berisiko Mengambil Dadah. Jurnal Antidadah Malaysia, 9(2).

Yahya Buntat, & Dzulkhissham Rahmat @Rahaman. (2015). Profil penagihan dalam kalangan penagih yang ditahan di CRCC seluruh Malaysia. 

#kemakmurandankesejahteraanbersama
#dadahterkawal2025
#kitajagakita


Hidup ini terlalu indah untuk disiakan
Ambil Kisah. Ambil Tindakan

 





No comments:

Post a Comment

Selamat Tahun Baru 2020

Selamat Tahun Baru 2020
#ambilkisahambiltindakan

We Are Drug Free. Join Us

We Are Drug Free. Join Us
#ambilkisahambiltindakan

Selamat Hari Raya