- Tanggal 26 Jun setiap tahun telah ditetapkan
sebagai tarikh untuk memperingati Hari Penyalahgunaan dan Pengedaran Dadah
Antarabangsa (international day against drug abuse and illicit traficking) oleh
Perhimpunan Bangsa-Bangsa Bersatu. Ketetapan sejak tahun 1987 ini menyaksikan
bahawa seluruh negara ahli telah menyatakan persetujuan untuk menjadikan hari
tersebut sebagai hari peringatan terhadap pembenterasan masalah dadah sedunia
sehingga mewujudkan masyarakat dunia
yang bebas dadah.
- Malaysia sebagai salah satu negara ahli turut
tidak ketinggalan dalam menyatakan sokongan dan komitmen kepada dunia bahawa ia
sangat serius dalam melaksanakan usaha-usaha memerangi masalah dadah dan telah
membuat sambutan Hari Antidadah Antarabangsa setiap tahun dengan mengadakan
pelbagai program antidadah di peringkat kebangsaan, negeri, daerah dan juga
komuniti.
- United Nations Office on Drugs and Crime (UNODC)
telah menetapkan tema Sambutan Hari Antidadah Antarabangsa pada tahun ini
adalah “A Message Of Hope: Drug Use
Disorders Are Preventable and Treatable”. Tema ini merupakan mesej global
bahawa pendekatan yang seimbang di antara pencegahan, rawatan & pemulihan
seharusnya dilaksanakan bagi mewujudkan perpaduan social di dalam komuniti.
Inisiatif yang berterusan terhadap masalah dadah memerlukan kaedah bagi
menangani penawaran dan permintaan (supply and demand reduction) dadah itu
sendiri.
- Pada tahun ini acara utama sambutan Hari
Antidadah Antarabangsa di Malaysia adalah penganjuran Seminar Penyalahgunaan Dadah: Way Forward dengan kerjasama antara
AADK dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Seminar ini akan diadakan pada
24 Jun 2014 di Dewan Kuliah Pusat 3, USIM dan perasmian seminar akan
disempurnakan oleh YB Datuk Dr Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, Timbalan Menteri
Dalam Negeri.
-
Objektif penganjuran seminar
:
o Menyedarkan para peserta bahawa dadah MASIH musuh
nombor 1 negara;
o Membangkitkan kesedaran peserta mengenai bahaya
penyalahgunaan dadah terutamanya dadah jenis baharu;
o Menggembelingkan seluruh tenaga, kepakaran dan
sumber dari pelbagai pihak dalam membenteras masalah dadah.
-
Tema sambutan
pada tahun ini adalah ‘Dadah Masih Musuh
Nombor Satu Negara’.
-
Rasional
pemilihan tema tersebut adalah :
i. Usaha memerangi masalah dadah perlu diteruskan
walaupun setelah 31 tahun ianya dilaksanakan. Ia bukan bermakna kerajaan gagal
dalam menangani masalah dadah, tetapi ada faktor-faktor lain yang menyebabkan
kerajaan perlu menegaskan semula bahawa dadah MASIH musuh nombor 1 negara.
ii. Pelbagai cabaran baru timbul dan ia memerlukan
strategi lebih tersusun melibatkan semua pihak dalam membenteras masalah dadah.
Ini termasuklah:
§ Masalah penagihan dadah kini adalah lebih parah
kerana ia melibatkan golongan muda terutama remaja dan kanak-kanak. Ini
terbukti apabila ramai klien yang mendapatkan perkhidmatan secara sukarela di
Klinik Cure and Care 1Malaysia merupakan remaja yang telah menagih dadah sejak
berusia seawal 10 tahun;
§ Cabaran penyalahgunaan dadah jenis ATS yang memberi
kesan terhadap psikologi, fisiologi dan memberi kesan langsung kepada system
saraf tunjang.
Kesan dadah terhadap kesihatan, kesejahteraan,
ekonomi dan sosial perlu disebarkan kepada seluruh masyarakat.
Web Page Seminar Penyalahgunaan Dadah : Way Forward
Dengarkan rakaman temubual di sini http://www.youtube.com/watch?v=xuK64mr6pr4&list=UUitb-TRjaYFqEJ_Np6gYlZg |
Dengarkan rakaman temuramah di sini http://www.youtube.com/watch?v=Ztwuw-fl2xE |
Tuan Jasri bin Kasim telah diwawancara di rancangan Selamat Pagi Malaysia di RTM1 pada 25 Jun 2014 |
Suka Baska dari Malaysian Buskers Club yang aktif dalam aktiviti antidadah turut membuat persembahan di rancangan Selamat Pagi Malaysia |
Rakaman temuramah klik di sini http://www.youtube.com/watch?v=jpw6Y3ciawI&feature=youtu.be
|
Rakaman temubual klik di sini http://t.co/026EmBzZWo |
Dadah .. Kesannya Membinasakan
Ambil Kisah. Ambil Tindakan