KUANTAN – Tiga kawasan disenaraikan berisiko tinggi dalam
penyalahgunaan dadah di daerah ini menjadi tumpuan Agensi Antidadah
Kebangsaan (AADK) dan bekerjasama dengan penduduk setempat serta
pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam usaha memerangi kegiatan tersebut.
Pengarah AADK Pahang, Abdul Ghani Abdul Rahman berkata, tiga kawasan yang disifatkan antara kawasan berisiko tinggi dan mempunyai kes tertinggi dalam daerah Kuantan adalah Tanjung Lumpur, Sungai Isap dan Felda Bukit Goh.
“Kawasan tersebut kita kenal pasti berdasarkan kriteria ditetapkan seperti mempunyai jumlah orang kena pengawasan (OKP) yang paling ramai, bilangan aduan mengenai kes dadah dan jumlah bilangan penagih di kawasan tersebut.
“Jadi hasil daripada pemeriksaan dilakukan oleh AADK di daerah ini, lokasi-lokasi ini berjaya dilabelkan sebagai kawasan berisiko tinggi kes dadah dan perlu diberi tumpuan serta dibersihkan,” katanya ditemui Sinar Harian selepas acara My Beautiful Malaysia bersama Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Tanah Putih, di pinggiran sungai Tanah Putih, di sini, semalam.
Seramai 50 orang membabitkan anggota AADK, KRT Tanah Putih, penduduk kampung, NGO seperti Skuad Sukarelawan 1Malaysia, Rela hadir bergotong-royong membersihkan kawasan pinggiran sungai Tanah Putih yang menjadi lokasi utama dan sarang penagihan dadah.

Menurutnya, AADK akan bekerjasama dengan penduduk setempat dan NGO
dalam memerangi sarang aktiviti penagihan dadah secara habis-habisan.
“Selain fokus dan tindakan AADK dalam bidang penguatkuasaan bersama
pihak anggota keselamatan, NGO dan sebagainya serta aktiviti rawatan dan
pemulihan, AAD juga bergiat cergas dalam aktiviti pencegahan.
“Justeru, pihak AADK akan berkolaborasi bersama penduduk setempat, khususnya dalam usaha memerangi sarang penagih di kawasan yang berisiko tinggi.
“AADK tidak boleh bergerak bersendirian... jadi dengan cara ini, sedikit sebanyak aktiviti penagihan dapat dibanteras dan dikawal,” katanya.
Beliau berkata, kawasan yang telah dikenal pasti tersebut tidak akan dibiarkan, malah dipantau secara berterusan sama ada oleh pihak polis atau penduduk setempat yang melakukan rondaan.
“Banyak kaedah lain yang kita akan lakukan bersama penduduk setempat, NGO dan agensi kerajaan lain bagi membersihkan kawasan yang sudah dikenal pasti.
“Saya percaya jika semua berganding bahu cuba memerangi dadah, kawasan yang berisiko tinggi dengan aktiviti dadah itu dapat dibersihkan dengan sebaiknya,” katanya.
“Kita juga akan memperluaskan program pencegahan dari masa ke semasa secara berperingkat-peringkat dan yakin mampu menangani masalah dadah ini sekiranya semua pihak memberikan kerjasama yang baik,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT), Mohd Rozes @Ajis Hussein berkata, gotong-royong tersebut begitu membantu hasrat penduduk kampung dan taman sekitar Tanah Putih dalam usaha mencegah penyalahgunaan dadah yang melanda kawasan tersebut.
“Selepas ini kami akan membuat rondaan dan pengawasan yang lebih lagi memandangkan bukan sahaja penduduk kawasan ini yang terlibat malahan kawasan ini turut didatangi penagih atau tokan yang berada di luar kawasan ini.

“Ini kerana kawasan ini begitu tersembunyi dan sesuai jadi sarang
mereka, tetapi selepas pembersihan secara besar-besaran, kami berusaha
agar kawasan ini terkeluar daripada lokasi panas yang disenaraikan
AADK,” katanya.