Klinik Cure & Care menyediakan perkhidmatan pemulihan dan rawatan penagihan dadah secara sukarela melalui seksyen 8(3)(a) Akta Penagih Dadah (Rawatan & Pemulihan) 1983.
Perkhidmatan ini lebih terbuka kepada semua golongan sasar sama ada pengguna, penyalahguna dan penagih dadah. Minima tempoh rawatan bagi klien di Klinik Cure & Care adalah 6 bulan dan maksima adalah selama 24 bulan (2 Tahun).
Perkhidmatan ini telah memberi peluang kepada individu yang bekerja (awam / swasta), masih bersekolah, pelajar kolej/Universiti untuk mendapatkan rawatan awal apabila terlibat dengan masalah penagihan dadah.
Konsep
Penagih Sebagai Pesakit
- Menganggap Penagih Dadah sebagai pesakit
Open Access Service
- Memberi perkhidmatan secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia yang mempunyai permasalahan dadah.
Tiada Prasyarat
Prinsip kemasukan klien ke Klinik Cure & Care adalah:
• Sukarela
• Tiada Pra-syarat
Kaedah kemasukan klien:
• Datang sendiri secara sukarela
• Rujukan oleh pihak ketiga - keluarga, pasangan, rakan, majikan dll
• Temuseru oleh Pegawai AADK atau Badan Bukan Kerajaan (NGO)
Tiada sebarang bayaran akan dikenakan.
Sekiranya anda, ahli keluarga, rakan atau sesiapa sahaja yang SUKARELA ingin mendapatkan rawatan pemulihan dadah, boleh hadir ke Klinik Cure & Care di seluruh negara atau boleh juga menghubungi nombor telefon yang tertera di bawah.
1 | KLINIK CURE & CARE TAMPOI | Klinik Cure & Care Tampoi, Agensi Antidadah Kebangsaan, 81200 Johor Bahru Johor | En. Ahamad Faadzil Bin Alang | 07-2361021 | pengarah_tampoi | |
2 | KLINIK CURE & CARE KARANGAN | Simpang Tiga Kem, 09700 Karangan, Kedah | Pn. Faizah Binti Mat Isa | 04-405 6014 | 04-405 6309 | pengarah_karangan |
3 | KLINIK CURE & CARE KOTA BHARU | Jalan Padang Tembak, Pengkalan Chepa, 16100 Kota Bharu, Kelantan | En. Aman Bin Mustapha | 09-771 7375/ 771 7351 | 09-771 7378 | pengarah_kotabharu |
4 | KLINIK CURE & CARE BACHOK | KM12, Jalan Bachok Tok Bali, Telong, 16310 Bachok, Kelantan | Pn. Siti Rugayah binti Ismail | 09-778 1101 | 09-778 8716 | pengarah_bachok |
5 | KLINIK CURE & CARE TAMPIN | Tampin Pos, Pulau Sebang, 73000 Alor Gajah , Melaka | Pn. Siti Zaharah binti Hj Bechi | 06-441 1922 / 06-441 1921 | 06-441 7858 | pengarah_tampin |
6 | KLINIK CURE & CARE JERANTUT | KM 4, Jalan Benta, 27000 Jerantut, Pahang | En. Shamsul Anuar Bin Mohamad Saleh | 09-266 5442 / 5443 / 6525 / 5399 | 09-266 6106 | pengarah_jerantut |
7 | KLINIK CURE & CARE BUKIT MERTAJAM | Jalan Kampung Baru, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang | En. Bakri bin Bibi | 04-5400147 / 04-5400148 / 04-5400173 | 04-5400140 | pengarah_bm |
8 | KLINIK CURE & CARE PAPAR | Beg Berkunci No. 7, Batu 30, Jalan Papar, Beaufort, 89609 Papar, Sabah | Pn. Rosmawati Binti Apin | 088-912 893 / 088-912 487 | 088-915 786 | pengarah_papar |
9 | KLINIK CURE & CARE KUCHING | Km 10, Jalan Penrissen, 93250 Kuching, Sarawak | En. Christopher Anak Billy | 082-613 598 | 082-612 785 | pengarah_pskuching |
10 | KLINIK CURE & CARE SUNGAI BESI | Batu 7, Jalan Sungai Besi 57100 Sungai Besi, W.P. Kuala Lumpur | Dr. Sallina binti Mansor | 03-9056 2997 / 2945, 03-9058 7267 | 03- 9058 7525 | pengarah_sgbesi |
#perangidadahhabishabisan
#komunitikitatanggungjawabkita#sayangiMalaysiaku
Hidup ini terlalu indah untuk disiakan
Ambil Kisah. Ambil Tindakan.
masih ada kekosongan ?.
ReplyDeleteSalam...sy berniat ingin menjalani rawatan..
ReplyDeleteSelepas sambutan hari raya,InsyaAllah,sy berazam mahu hadirkan diri ke cNc sg besi
ReplyDeleteKeseorangan dan kesepian telah jatuh balik tiada seorang pun layan saya seperti manusia biasa memalukan saya pun nak hidup bebas dari pandangan mata masyarakat untuk memulihkan diri saya CCRC saja boleh membantu saya hidup penuh kecewa ta dapat di luangkan tapi niat nak hidup bebas daripada dadah yakin dalam diri saya hanya tiada orang na menerima saya
ReplyDeleteAda x rawatan selama setahun sahaja
ReplyDeleteSy jauh encik tp nk msk daftar. Boleh tk mntk bantuan encik pertimbangkn
ReplyDeleteSalamsjtra kpd semua,sy,pernah jalani treatment pemulihan dgn modul T.C di sungai besi beberapa tahun yg lepas, kini sy telah relaks,dan ingin kmbali utk rawatan &mencari kekuatan, bgmn solution trbaik
ReplyDeleteIs there any vacancy for student to help at cure and care centre in Karangan till September?
ReplyDeleteQualification
- Bachelors in psychology, currently in sem 6 (sem break till september)
Nak tanya saya bekas pelajar cnc nak tanya berapa nom pendaftaran moto PB.salah satu pendaftaran moto boleh bagi Saya tak salah satu nombor
ReplyDeleteKalau kita gagal lapor diri di AADK bole ke mohon ccnc?
ReplyDelete