Oleh Iskandar Shah Mohamed iskandar@hmetro.com.my
iskandar@hmetro.com.my
Kuala
Lumpur: Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menyasarkan golongan yang
pulih sepenuhnya selepas menjalani rawatan bersama agensi itu di seluruh
negara akan meningkat sehingga 40 peratus tahun ini.
Pemerhatian
mendapati trend penagihan dadah menunjukkan peningkatan saban tahun
walaupun pelbagai kempen kesedaran dan tindakan penguatkuasaan
dijalankan bersama agensi keselamatan lain.
Justeru, AADK mahu
mempergiatkan kerjasama erat dengan media yang turut memainkan peranan
penting untuk membanteras permasalahan itu merangkumi aspek kesedaran,
pendidikan atau pengetahuan selain peringatan kepada masyarakat terutama
golongan muda.
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AADK Izhar
Abu Talib berkata, pihaknya mengutamakan dua faktor yang dianggap
penting mengenai isu dadah ini iaitu pencegahan dan rawatan atau
pemulihan penagih.
“Tahun ini, sasaran kami mahu mengurangkan
20 peratus penagih dadah baru di seluruh negara dan mahu jumlah itu
semakin berkurangan, sekali gus mencapai sehingga paras sifar pada 2020.
“Bagi
aspek rawatan dan pemulihan, kita menyasarkan sehingga 40 peratus
jumlah penagih yang pulih sepenuhnya daripada penagihan berbanding 25
peratus pada tahun lalu.
Golongan itu adalah mereka yang
menjalani rawatan di bawah seliaan kami,” katanya ketika ditemui selepas
melakukan kunjungan rasmi di Balai Berita The New Straits Times Press
(Malaysia) Berhad (NSTP), semalam.
Hadir sama, Pengarah
Rawatan, Perubatan dan Pemulihan AADK, Wan Addenan Wan Mohd Noor dan
Pengarah Pencegahan, Abdul Rahman Hamid.
Rombongan itu
disambut Pengarang Kumpulan Harian Metro Datuk Mustapa Omar, Timbalan
Pengarangnya Ahmad@Salim Bachok dan Pengarang Eksekutif (Berita dan Hal
Ehwal Semasa) Shariffudin Mohamed.
Ketika ditanya wujudnya
trend peningkatan jumlah penagih dadah, menurut Izhar, pengukur atau
indikator mengenai perkara itu bergantung kepada operasi penguatkuasaan
yang dilaksanakan pihaknya bersama agensi lain.
“Namun secara
keseluruhannya, berdasarkan keadaan masa kini dengan pengaruh media
sosial dan Internet, trend peningkatan memang berlaku daripada tahun ke
setahun termasuk membabitkan penagihan di peringkat belia, remaja dan
pelajar sekolah,” katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata,
pihaknya akan melaksanakan pelbagai program termasuk konvoi kenderaan ke
seluruh negara sempena Hari Antidadah Kebangsaan yang dijangka
berlangsung di Sarawak pada 19 Februari depan.
“Selain kempen
kesedaran menerusi pengedaran risalah dan perbincangan, kami akan
menyediakan maklumat terperinci antaranya berkaitan lokasi atau port
penagihan di setiap negeri untuk diserahkan kepada pihak berkaitan,”
katanya.
Mustapa (empat dari kiri) menerima cenderamata daripada Izhar (lima dari kanan) sambil diperhatikan Ahmad@Salim (tiga dari kanan) dan Shariffudin (dua dari kiri) pada kunjungan kerja pengurusan AADK ke Harian Metro, Bangsar.
Sumber : Harian Metro, Selasa, 19 January 2016
Hidup Ini Terlalu Indah Untuk Disiakan
Ambil Kisah.Ambil Tindakan