Majlis ini telah dihadiri oleh lebih 1,000 orang jemputan yang terdiri daripada ahli-ahli SKUAD dari seluruh negara, wakil-wakil jabatan dan NGO yang telah banyak bekerjasama dengan AADK dalam bidang pencegahan, rawatan & pemulihan serta penguatkuasaan dadah. Di samping itu, program ini juga telah mendapat liputan yang meluas dari pihak media cetak dan elektronik. Majlis ini juga telah dilancarkan secara life ke seluruh dunia.
Aktiviti abseiling dari tingkat lima bangunan Ibupejabat AADK merupakan acara kemuncak majlis ini. Segmen yang paling mendebarkan ini menunjukkan 4 orang pegawai AADK yang membawa logo SKUAD 1Malaysia menuruni bangunan AADK dan seterusnya menyerahkan logo kepada 6 orang wakil ahli skuad adalah merupakan satu simbol bagi menggerakkan gelombang kesukarelaan ke seluruh negara.
Topi SKUAD 1Malaysia Gambar-gambar sesi abseling sewaktu Majlis Pelancaran bom asap berwarna diletupkan |
ahli SKUAD membuat abseiling
JPAM telah bersedia membantu para abseiler
aksi spiderman pun ada.. sungguh mendebarkan