hari raya disambut penuh meriah di Ibupejabat AADK baru-baru ini.. pelbagai hidangan yang menyelerakan telah disajikan untuk para tetamu. dan yang paling istimewanya pemilihan tema tahun ini amat menarik.. setiap bahagian telah diberi peluang untuk menghiasi gerai masing-masing dengan nama herba seperti ketumbar, bunga lawang, kayu manis, cengkih dan lada hitam.
semangat kerjasama dan komitmen setiap pegawai dan kakitangan wajar diberi pujian. setiap bahagian telah bertungkus-lumus menyediakan juadah dan hiasan gerai dan hasilnya memang membanggakan..
tahniah semua!!
selamat hari raya aidulfitri, maaf zahir dan batin..
hidup ini terlalu indah untuk disiakan......
No comments:
Post a Comment