ekspresi
‘ikrar AMAN’
Sempena Sambutan Peringatan Hari Antidadah Kebangsaan yang disambut pada 19 Februari setiap tahun, Agensi Antidadah Kebangsaan menganjurkan Pertandingan Ekpresi 'ikrar AMAN'. Ia adalah sejajar dengan slogan Kementerian Dalam Negeri buat masa ini yang mengutamakan keamanan. Di
samping itu, logo SKUAD Muda KDN juga turut menunjukkan lambang
keamanan.
Aktiviti 'ikrar AMAN' diharap akan mencetuskan kesedaran dalam kalangan sukarelawan antidadah
mengenai peranan dan tanggungjawab mereka dalam menjaga keamanan di samping
melaksanakan aktiviti antidadah serta rawatan dan pemulihan. Selaras dengan
tema sambutan pada kali ini iaitu “Kesukarelaan Bukan Pilihan, Ia Satu
Tanggungjawab”, SKUAD 1Malaysia wajar diposisikan dalam barisan paling hadapan
para sukarelawan di Malaysia dan di bawah Kementerian Dalam Negeri untuk
memelihara dan mencintai keamanan.
Aktiviti Ikrar
Aman juga akan menjadi platform golongan muda dan belia untuk menyatakan
komitmen dan kemahuan mereka dengan cara yang kreatif. Ia akan dilaksanakan
sebagai “to build up momentum”
gerakan dan gelombang kesukarelaan SKUAD 1Malaysia dari seluruh Negara dan
semangat tersebut akan dibawa ke majlis pelancaran Sambutan Peringatan Hari Antidadah Kebangsaan di Kluang pada 17 Mac 2013. Yang menariknya, penyertaan bertuah akan dicetak dan dipaparkan di booth SKUAD 1Malaysia.
Jom sertai!!
·
3 Langkah mudah…
- Like page facebook
SKUAD 1Malaysia & follow twitter SKUAD 1Malaysia & twitter AADK
Malaysia.
- Muat turun (download)
& cetak imej jpg. ‘ikrar AMAN’ dan ambil gambar menggunakan jpg.
‘ikrar AMAN’ secara kreatif dan menarik
atau
menggunakan imej jpg. ‘ikrar AMAN’ dan diletakkan di
dalam gambar secara kreatif dan menarik
- Muat naik (upload)
gambar ekspresi ‘ikrar AMAN’ anda di facebook SKUAD 1Malaysia
- 1 Pemenang Utama, 50 Pemenang Hadiah Sampingan...
1
pemenang hadiah utama (mini iPad) & 50 pemenang bertuah (hadiah bernilai
RM50.00)
Terma dan Syarat:
- Pertandingan ini
terbuka kepada semua rakyat Malaysia berumur 15 tahun dan ke atas, kecuali
kakitangan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) serta ahli keluarga terdekat
mereka.
- Semua penyertaan tidak akan dikembalikan dan tetap
menjadi hak milik AADK.
- AADK berhak mengguna semula, menerbit atau mempamerkan
penyertaan di dalam apa jua bentuk media atau medium tanpa notis atau
pembayaran kepada para peserta.
- Tarikh pertandingan mulai 26 Februari
hingga 29 Mac 2013. [Penyertaan akan ditutup jam 5.00 petang].
- Penganjur berhak meminda terma dan syarat pada
bila-bila masa semasa tempoh peraduan berlangsung. Penyertaan yang
diterima selepas tempoh peraduan tamat tidak akan dilayan.
- Peserta hendaklah memastikan keaslian gambar yang
diambil adalah terpelihara. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab
sekiranya terdapat sebarang tuntutan.
- Peserta
perlu Like page FB SKUAD 1Malaysia & menjadi follower twitter SKUAD
1Malaysia & twitter AADK Malaysia.
- Setiap penyertaan gambar perlu
mempunyai imej jpg. ‘ikrar AMAN’ yang ditetapkan oleh pihak penganjur
seperti di lampiran A.
- Kaedah
bergambar adalah seperti berikut :
i.
Muat
turun (download) & cetak imej jpg. ‘ikrar AMAN’ dan ambil gambar
menggunakan jpg. ‘ikrar AMAN’ secara kreatif dan menarik
atau
menggunakan imej jpg. ‘ikrar AMAN’ dan diletakkan di
dalam gambar secara kreatif dan menarik.
- Muat
naik (upload) gambar ekspresi ‘ikrar AMAN’ anda di facebook SKUAD
1Malaysia
- Ingatan : Jika langkah 8, tidak
dipatuhi pernyertaan peserta dibatalkan.
- Penyertaan akan dihakimi berdasarkan kriteria: kreativiti,
keunikan, menepati tema dan mematuhi terma serta syarat.
- Pihak penganjur berhak membatalkan mana-mana penyertaan
jika ianya melanggar terma & syarat.
- Keputusan hakim adalah muktamat dan segala bentuk surat
menyurat tidak akan dilayan.
- Pemenang akan dimaklumkan melalui page FB SKUAD
1Malaysia.
Hidup ini terlalu indah untuk disiakan....
No comments:
Post a Comment