Skuad 1Malaysia, “Semarakkan Semangat Kesukarelaan”
Oleh : Mohd Razif Bin
Hamdan, AADK Hilir Perak
Bagan Datoh, 07 September 2013 : Semangat kesukarelaan
merupakan nadi utama bagi mencapai visi
dan misi AADK. Tujuan utama Sukarelawan Antidadah (SKUAD 1Malaysia) diwujudkan
adalah bagi memastikan pelbagai lapisan masyarakat bertindak dan bergerak ke
arah mencapai matlamat menangani masalah dadah di Malaysia.
Bertempat di Dewan Kompleks FAMA,
Simpang Tiga, Rungkup, Bagan Datoh, Program Ramah Mesra SKUAD
1Malaysia Negeri Perak bersama Y.B. Dato Seri Doktor Ahmad Zahid bin Hamidi,
Menteri Kementerian Dalam Negeri dan Puan Sri Dato Zuraidah binti Mohamed,
Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan.
Program
berorientasikan konsep sembang santai itu telah menemukan pengerusi dan
jawatankuasa tertinggi ahli SKUAD 1Malaysia Negeri Perak dengan Menteri
Kementerian Dalam Negeri, Ketua Pengarah AADK Malaysia, semua Ketua- Ketua
Jabatan Daerah Hilir Perak dan pemimpin masyarakat setempat.
Antara
lain intipati ucapan Y.B. Menteri ialah menggesa agar masyarakat setempat
mengambil cakna mengenai permasalahan dadah dan peranan mereka dalam membantu
AADK memulihkan penagih dadah dan mencegah anak muda dari terlibat seperti yang
dipaparkan dalam kisah Mia & Adam “Ambil Kisah, Ambil Tindakan”.
Selain
itu, Program AZAM Kerja 1Malaysia yang sedang giat dijalankan oleh AADK Daerah
dan Klinik Mini C&C Kinta turut diperkenalkan kepada penduduk sekitar Bagan
Datoh sebagai salah satu makluman bahawa kerjaya merupakan keperluan dalam
proses kepulihan. KIOSK yang dibuka
ialah seperti Mat Salai (burger),
Waffler King, My Best (chicken chop),
Ayamas (nugget), Soto, Zymaxx (ice blended), mesin jahit (Apple), Dor
Rue (hiasan kerongsang) dan polish kereta.
Para
pengunjung pameran juga didedahkan dengan transformasi AADK, kesan penagihan,
tayangan video serta beberapa aktiviti seperti sepak bola, timang bola takraw,
dam ular dan menyusun jigsaw puzzle. Persembahan kawad oleh klien CCRC Batu Kurau
turut berlangsung sempena sambutan Hari Kemerdekaan beberapa hari yang lalu.
Malahan
sebahagian ibu tunggal dan anak yatim di sekitar kawasan Parlimen Bagan Datoh turut
diraikan dalam majlis yang sama.
Ambil Kisah. Ambil Tindakan.
No comments:
Post a Comment