Statistik positif ujian urin dari Januari hingga Mei 2015 menunjukkan sebanyak 1.2% adalah pekerja sektor awam dan 2.8% adalah pekerja sektor swasta. Walaupun jumlah tersebut tidak tinggi, namun ia boleh menjejaskan fungsi, produktiviti, motivasi dan aktiviti sesebuah jabatan/agensi atau syarikat.
Sambutan Hari Antidadah Antarabangsa pada tahun ini adalah selaras dengan tema yang telah ditetapkan oleh UNODC iaitu “A Message Of Hope: Drug Use Disorders Are Preventable and Treatable”. Mesej global ini memberi harapan bahawa penyalahgunaan dan penagihan dadah boleh dicegah dan dirawat.
Pengambilan dadah jenis tradisional seperti Ganja, Heroin dan Morfin melalui jarum suntikan boleh menyebabkan jangkitan penyakit bawaan darah seperti HIV / AIDS dan Hepatitis. Selain itu, negara kita juga berhadapan dengan ancaman dadah jenis Amphetamine Types Stimulants (ATS) seperti Syabu, Pil Kuda, Ice, WY, Yaba dan Ectasy. Dengan pengambilan dadah ini, penagih dadah akan mengalami kecelaruan mental yang boleh menjejaskan fungsi kehidupan seharian seperti pembelajaran, pekerjaan,
rumah tangga dan hubungan sosial.
Penyalahgunaan air ketum juga semakin membimbangkan di negara kita. Walaupun secara tradisionalnya, air ketum dipercayai boleh digunakan untuk merawat penyakit. Namun begitu, pengambilan air ketum yang dicampurkan dengan bahan-bahan tertentu mengakibatkan ketagihan dan kesan buruk.
Bahan inhalan seperti gam turut memberi kesan serta merta seperti halusinasi, emosi tidak stabil dan dalam jangka masa yang panjang akan menyebabkan kerosakan sel – sel otak serta boleh mengakibatkan kematian. Penagihan dan penyalahgunaan dadah ini memberikan kesan yang buruk bukan sahaja kepada penagih malahan kepada pihak lain seperti keluarga, pekerjaan, kehidupan harian, masyarakat dan negara.
Kesimpulannya, semua pekerja dan majikan bersama-sama berganding bahu dan mengambil tanggungjawab untuk menjadikan tempat kerja selamat dan bebas daripada ancaman dadah.
Hidup Ini Terlalu Indah Untuk Disiakan
Ambil Kisah.Ambil Tindakan
No comments:
Post a Comment