Disediakan Oleh : Mohd Ezzry Bin Mustafa ( AADK Daerah Kuala Muda )
SUNGAI PETANI, 11 JULAI : Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Kuala Muda
dengan kerjasama Jawatankuasa Pemulihan Dadah Daerah Kuala Muda serta
Skuad 1 Malaysia membentuk satu pasukan khas bagi menjalankan satu
program yang mendekati Orang Kena Pengawasan ( OKP ) Daerah Kuala Muda
bagi menyampaikan sedikit sumbangan keperluan dapur bagi menyambut Hari
Raya Aidilfitri tidak lama lagi.
Program
yang dirangka ini merupakan salah satu tanggungjawab sosial untuk
sentiasa mengambil tahu tentang perjalanan ataupun kehidupan Orang Kena
Pengawasan ( OKP ) yang diselia oleh AADK Daerah Kuala Muda. Jelajah
Syawal Bersama OKP ini juga mendapat perhatian YB Dato Dr Leong Yong
Kong, Exco Kerajaan Negeri Kedah yang bersama-sama menyertai jelajah ke 3
buah rumah pertama.
YB Dato' Dr Leong Yong Kong sempat bertanya khabar
kepada OKP serta keluarga seterusnya menyampaikan sumbangan yang
disediakan. Turut sama hadir mengikuti program Jelajah Syawal Bersama
OKP ini adalah Encik Shamshuri Bin Yusoff, Ketua Pegawai AADK Daerah
Kuala Muda, Tuan Kol ( B ) Zulkifli Bin Yusof, Pengerusi Jawatankuasa
Pemulihan Dadah Daerah Kuala Muda, Encik Adnan Bin Md Isa, Pengerusi
Skuad 1 Malaysia Daerah Kuala Muda, kakitangan AADK Kuala Muda, ahli
JKPD, Rakan Hati Emas serta rakan media cetak.
Program Jelajah Syawal
Bersama OKP ini akan berterusan sepanjang minggu ini dan lebih ramai
keluarga OKP akan didekati demi memastikan OKP ini sentiasa mendapat
perhatian dan sokongan untuk yerus mengekalkan kepulihan mereka.
Hidup Ini Terlalu Indah Untuk Disiakan
Ambil Kisah.Ambil Tindakan
No comments:
Post a Comment