SUNGAI PETANI - Peningkatan penggunaan pelbagai dadah seperti 'syabu',
'Ice', 'Kristal' dan 'Diamond dalam kalangan remaja ketika ini semakin
membimbangkan malah penggunaannya hampir menyamai populariti heroin dan
morfin.
Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kedah, Mohammad Nazer
Mustafa berkata, pengambilan dadah jenis itu boleh memberikan kesan
lebih buruk kepada individu termasuk berkelakuan agresif dan gangguan
mental.
Bagi mengekang masalah penagihan dalam kalangan generasi muda, AADK
Kedah dengan kerjasama sekolah telah melaksanakan operasi melibatkan
pelajar-pelajar sekolah menengah, katanya.
"Hasilnya bagi tempoh Jan-Mei tahun ini, 359 pelajar tingkatan tiga,
empat dan lima didapati positif dadah, dengan 46 peratus dikesan positif
syabu," katanya kepada pemberita di Pejabat AADK Kuala Muda, hari ini.
Mohamad Nazer berkata, AADK memandang serius perkara ini dan melaksanakan pelbagai program termasuk memberi motivasi serta melakukan pemantauan dari semasa ke semasa untuk memastikan mereka tidak terjebak lebih jauh.
Pengguna dadah sintetik seperti syabu katanya, sanggup bertindak luar
batasan mengugut dan mencederakan anggota keluarga, kesan daripada
tindak balas daripada pengambilan dadah itu.
"Bagi kes yang menyebabkan ganggungan mental pula, jika pada peringkat
awal, ia boleh dikendalikan AADK bagaimanapun akan dirujuk kepada
Kementerian Kesihatan sekiranya masalah mental itu semakin serius,"
katanya.
Menurutnya, dalam operasi bersepadu bersama beberapa agensi baru-baru
ini, 25 individu didapati positif dadah, iaitu 20 daripadanya mengambil
dadah syabu, empat ganja dan seorang heroin. - Bernama
Sumber Sinar Harian
Hidup Ini Terlalu Indah Untuk Disiakan
Ambil Kisah.Ambil Tindakan
No comments:
Post a Comment