SEMELING, 30 SEPT : Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Kuala Muda hari
ini mengadakan sesi pameran di Universiti AIMST bersemperna Perayaan
Hari Kemerdekaan yang melibatkan pelbagai fakulti yang ada di sini.
Program hari ini bermula dengan perarakan kontinjen yang mewakili setiap
fakulti yang diiringi oleh pancaragam Sekolah Menengah Kebangsaan Che
Tom. Nayanyian lagu Negaraku dan Allah Selamatkan Sultan Mahkota
mengambil tempat setelah semua kontinjen selesai membuat lintas hormat
di pentas utama.
Perasmian program hari ini disempurnakan oleh Pegawai
Khas Menteri Besar Kedah, T.H. Subra yang mewakili YAB Dato' Seri
Mukhriz Bin Tun Mahathir. Program hari ini juga turut diserikan dengan
persembahan kebudayaan Melayu, India, Cina dan lain-lain kaum yang
melibatkan penyertaan para pelajar yang berbilang kaum serta pelajar
antarabangsa.
Pastinya isu dadah merupakan satu masalah yang perlu
ditangani bersama. Semua pihak memainkan peranan yang cukup penting
dalam memastikan orang di sekeliling kita tidak terjebak dengan
penyalahgunaan dadah.
Para pelajar akan terus didekati dengan pelbagai
program yang memberikan manfaat serta maklumat tentang bahaya dadah jika
mula terlibat. Kesengsaraan akibat penyalahgunaan dadah cukup
memeritkan jika tidak dapat dicegah secepat yang mungkin pada peringkat
awal.
Program hari ini juga dapat mengeratkan penyatuan kaum berbilang
bangsa bagi mewujudkan keharmonian sepanjang masa.
Hidup Ini Terlalu Indah Untuk Disiakan
Ambil Kisah.Ambil Tindakan
No comments:
Post a Comment