PENAGIH DADAH (Membenteras Isu)
Kerajaan Negeri sentiasa berusaha untuk memastikan permasalahan dadah
di negeri ini dapat dibenteras sehingga ianya dapat dihapuskan secara
menyeluruh. Kerajaan Negeri juga telah memulakan satu projek dengan
menggunakan konsep Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) atau dikenali
sebagai Projek 1Strategic Partner Community (1SPC) untuk memastikan
gejala dadah di negeri ini sentiasa terkawal.
Projek ini lahir dari Pelan Tindakan Membenteras Dadah di Negeri
Sembilan yang bermula dari tahun 2015 - 2020. Pelan ini adalah merupakan
satu manifestasi kerjasama yang terjalin di antara Kerajaan Negeri
dengan AADK Negeri Sembilan. Dalam projek ini, semua jabatan sama ada di
peringkat persekutuan dan negeri mengerakkan usaha-usaha memerangi
dadah secara kolektif dan lebih tersusun dan mampu menembusi setiap
lapisan kumpulan sasaran dengan lebih efektif.
Projek Printis
telah pun dilaksanakan di Kg Sungai Buloh, Jelebu dan telah pun
menunjukkan kejayaan yang membanggakan, di mana tiada penagih baru
dikesan, sementara penagih yang berada dalam komuniti mengekalkan tahap
pemulihan mereka sepanjang tempoh projek itu berjalan.
BN-RANTAU, MENTERI BESAR NEGERI SEMBILAN.
#SayangiDirimu
#DadahKesannyaMembinasakan
#PerangiDadahHabisHabisan
Hidup ini terlalu indah untuk disiakan
Ambil Kisah. Ambil Tindakan.
No comments:
Post a Comment