SUNGAI PETANI, 5 SEPTEMBER 2016 : Orang Kena Pengawasan (OKP) haruslah
mengikuti syarat-syarat pengawasan yang telah ditetapkan selama 2 tahun
yang diperintahkan. Program pemulihan yang dirangka meliputi dari
segala aspek kehidupan yang membantu OKP mengekalkan kepulihan diri
semasa berada di dalam komuniti.
Namun masih terdapat OKP yang telah
melanggar syarat pengawasan yang perlu
dilalui mereka sepanjang tempoh 2 tahun.
Unit Penguatkuasaan Dan
Keselamatan AADK Daerah Kuala Muda hari ini telah menahan dan mendakwa
seorang OKP yang dikenali sebagai " Jan ". Dia berusia 35 tahun,
berasal dari Kampung Haji Kudong, Kota Kuala Muda sudah berkahwin,
menjalankan kerja kampung dan mengikut lori ais.
Hari ini dia
dihadapkan ke Mahkamah Majistret Sungai Petani atas kesalahan di bawah
Sekyen 6(2) C iaitu tidak melapor diri di Balai Polis Kota Kuala Muda
sejak 16 Mei 2015 sehingga repot langgar syarat dibuat oleh penyelia OKP
balai berkenaan.
Hukuman 10 bulan penjara dan 1 sebatan telah dikenakan
terhadapnya dan diarahkan untuk menjalani hukuman tersebut di
Penjara Pokok Sena, Kedah.
AADK Daerah Kuala Muda akan terus menjejaki
OKP yang gagal mengikuti syarat pengawasan dari masa ke semasa. Kepada
OKP yang menghadapi masalah diminta segera tampil ke hadapan sebelum
tindakan diambil.
Hidup ini terlalu indah untuk disiakan
Ambil Kisah. Ambil Tindakan.
No comments:
Post a Comment