KUCHING: Hasil pemeriksaan saringan air kencing di 191 sekolah di kawasan berisiko tinggi di Sarawak — sejumlah 301 pelajar didapati positif dadah.
Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Datuk Seri Zulkifli
Abdullah berkata, rekod ini menunjukkan pelajar sekolah menengah
positif dadah di Sarawak setakat Oktober 2018 mencatatkan jumlah
tertinggi di Malaysia.
Zulkifli menyebut kawasan berisiko itu melibatkan Gita, Kuching, Samarahan, Sri Aman, Sibu, Bintulu dan Miri.
Zulkifli pada sidang media semasa melawat tapak baharu Pusat
Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) di Jalan Puncak Borneo pada Jumaat
berkata, AADK mendapati kebanyakan pelajar positif dadah jenis
methamphetamine.
Beliau meletakkan situasi ini amat membimbangkan kerana melibatkan remaja bawah umur 18 tahun.
Zulkifli berkata, mereka yang positif ini terus dipantau serta diberikan kaunseling dari semasa ke semasa oleh guru terlatih.
Pelajar terbabit juga menjalani saringan air kencing sehingga dipastikan bebas salah guna dadah.
AADK menurut Zulkifli terus memperkasa saringan di sekolah yang
dikenal pasti berisiko bagi membanteras salah guna dadah dalam kalangan
pelajar.
Sumber: Sarawak Voice
#perangidadahhabishabisan
#pencegahandadahbermuladarirumah
#komunitikitatanggungjawabkita
#sayangiMalaysiaku
No comments:
Post a Comment