Pada 12 September 2011 yang lalu, Ibupejabat Agensi Antidadah Kebangsaan telah mengadakan sambutan Hari Raya Aidil Fitri.. Tujuan sambutan ini diadakan adalah untuk meraikan para klien, rakan strategik dan rakan pintar AADK. Sambutan yang dianjurkan sangat menarik dengan konsep gerai-gerai oleh setiap bahagian.
Sebanyak 7 gerai telah dihias dan menyediakan menu-menu Aidilfitri yang sungguh sedap dan menyelerakan. Konsep yang pertama kali diadakan ini sungguh menarik kerana semua peringkat pegawai dan kakitangan berpeluang untuk bekerjasama dan menyumbangkan idea dan tenaga dalam memastikan gerai mereka menjadi gerai yang paling cantik dan menyediakan hidangan paling menyelerakan..
Tahniah kepada pihak pengurusan yang telah menyuntik semangat kerjasama dan tolong menolong dalam kalangan pegawai dan kakitangan.. Yang penting, kreativiti dan daya usaha telah terserlah hasil sambutan ini..
erm.. Puan Sri Dato' KP kata habis daun kelapa di Sungai Merab.. cantik hiasan gerai ini.. yang paling kreatif sebab dinding gerai dianyam dari daun kelapa
Tahniah kepada PRO, Urusetia dan KAD.. sungguh berwarna-warni.. semua kain di Jalan TAR mereka borong untuk hias gerai.. siap ada tiang buluh lagi..
nama makanan pun guna nama penyanyi.. eh! ni ada copyright tak? buat hiasan lagi macam ni, confirm tahun depan boleh menang..
Dengar kata semua nelayan kat Sungai Melaka bercuti hari Isnin tu sebab gerai ni dah sewa semua net dan jala dari Melaka..Batik-batik tu import dari Bandung ke?..
Suprise!!! En Ali and the team bertukang.. semua orang terkejut.. maklumlah, selalu pegang komputer.. pada hari kejadian mereka berkreatif menggunakan buluh.. Mee bandung air tangan kak Normah memang menjadi.. boleh order ye..
Dengar cerita pengarahnya sendiri turun padang buat pagar dari buluh.. eh! betul ke ni? Konsep kampung juga.. ada hiasan pelita buluh.. memang menarik dan nostalgik.. tumbs up!! Siap import mee rebus muar gitu!!
Memang paling panas dan berasap.. Menu Char Kue Tiow dan Mee Goreng Mamak.. para tetamu beratur nak makan char kue tiow..
Katanya pereka konsep hiasan dalaman ala-ala si Eric.. patutlah cantik ruang tamu mereka..
Puan Sri Dato' KP kata orang kat gerai ni asyik bergambar saja..
Konsep balik kampung; bakar lemang dan masak rendang di halaman rumah..
congratulations to the creative director and all the crews..
Inilah orang kuat di belakang tabir.. tahniah semua..
you all memang hapenning..
wajah-wajah ceria di dapur Balik Kampung..
ceria tanpa dadah
ceria tanpa dadah
Tahniah kerana Gerai Balik Kampung menang secara keseluruhan.
Kata penganjur ia dipilih dari segi ketulinan, kreativiti dan inovatif..
hidup ini terlalu indah untuk disiakan,
so, let's think health, not drugs.............