Program “Santai D' Chow Kit ; Indahnya Chow Kit di Masa Hadapan” telah diadakan di sekitar kawasan Chow Kit pada 24 dan 25 September 2011(Sabtu dan Ahad) yang lalu.
Program anjuran AADK Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur selama dua hari itu diadakan bertujuan meraikan klien-klien AADK, penduduk setempat, rakan pintar dan rakan strategik AADK.
Pada hari Sabtu, pelbagai acara telah diadakan seperti gotong-royong membersihkan kawasan sekitar Chow Kit, mengecat, pertandingan Street Soccer, sepak raga, kreativiti merdeka, menganyam ketupat, membaca sajak dan pertandingan karaoke peringkat pegawai dan klien AADK.
Acara kemuncak pada hari kedua, dimeriahkan lagi dengan kehadiran YBhg Puan Seri Dato' Zuraidah Hj Mohamed, Ketua Pengarah AADK ke majlis tersebut. Ketibaan beliau telah disambut oleh pegawai-pegawai dan klien AADK.
Tahniah warga AADK WPKL dan CCSC Chow Kit!!!
We Care, We Serve
Kami Perihatin, Kami Sedia Membantu
Berita disediakan oleh:
Basharudin dan Shahkhairul
Cawangan Kesedaran Awam
Bahagian Pencegahan, AADK