Lawatan istimewa Yg Bhg Puan Sri Dato' Zuraidah bt Hj Mohamed ke Caring Community House (CCH) Gong Baru baru-baru ini telah meninggalkan kenangan manis kepada seluruh warga jawatankuasa CCH. Tuan Hj Zakaria Hanafiah atau Pak Su selaku Pengerusi Jawatankuasa CCH telah menyatakan penghargaan di atas kesudian YBhg Puan Sri Dato' di atas lawatan tersebut.
Tidak dinafikan CCH Gong Baru sungguh mendamaikan. Pemandangan yang segar menyambut ketibaan para tetamu. Terdapat sebuah tali air yang bersih di hadapan CCH ini dan seterusnya menjadikan ia tempat yang paling cantik dan sesuai dengan aktiviti memancing atau sukan air.
Acara lawatan telah diserikan dengan sesi lintas langsung dari Terengganu FM bersama DJ Kak Cik. Banyak aktiviti bersama masyarakat telah dijalankan di rumah komuniti ini seperti sukan dan riadah, pencegahan dan perkongsian ilmu. Sesungguhnya CCH Gong Baru merupakan bukti komuniti prihatin.... Tahniah semua yang telah terlibat!!!
|
bukti CCH yang aktif |
|
carta organisasi dan aktiviti harian.. |
|
Antara yang dah berbudi pada CCH ini.. |
|
erm..
ungkapan keramat.. kerukunan rahmat terunggul.. |
|
Ruangan galeri di rumah komuniti |
|
Ahli jawatankuasa CCH yang aktif merakamkan kenangan indah bersama Yb Bhg Pn SrI Dato' Ketua Pengarah dan Pengarah AADK Terengganu |
|
Acara melepaskan ikan-ikan ke sungai |
|
Kelebihan di CCH ini.. ada sungai untuk aktiviti memancing oleh komuniti setempat.. dengar khabarnya peserta memancing sampai mencecah 2,000 orang |
|
indahnya... macam-macam ikan ada .. |
|
Bersedia untuk menandatangani plak |
|
Acara menandatngani plak |
|
Kata-kata amanat oleh Yg Bhg Pn Sri Dato' Ketua Pengarah dihayati oleh tetamu yang hadir
|
We Care, We Serve
No comments:
Post a Comment