Agensi Antidadah Kebangsaan Negeri Pahang dengan kerjasama Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Bentong serta Felda Sungai Kemahal, Bentong telah mengadakan Majlis Sambutan Peringatan Hari Antidadah Kebangsaan Peringkat Negeri Pahang dan Majlis Penyampaian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bertempat di Dewan Serbaguna, Felda Sungai Kemahal, Bentong.
Majlis Perasmian Sambutan Peringatan Hari Antidadah Kebangsaan Peringkat Negeri Pahang Tahun 2012 telah dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Adnan Bin Haji Yaakob.
Perarakan bermotor mengiringi ketibaan YAB Menteri Besar Pahang
Pengarah AADK Negeri Pahang, En. Azmi Bin Mustafa menyambut ketibaan YAB MB
Program yang berlangsung selama dua hari bermula pada 15 – 16 Mac 2012 itu telah dengan menarik minat seramai 1150 orang pengunjung yang terdiri daripada pemimpin masyarakat, ahli SKUAD 1Malaysia, Orang Kena Pengawasan(OKP) dan masyarakat setempat.
Ucapan aluan oleh Pengarah AADK Negeri Pahang
Ucapan perasmian oleh YAB Menteri Besar Pahang
YAB MB memberikan amanat kepada orang ramai yang hadir |
Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti pendaftaran Ahli Skuad 1Malaysia, Pertandingan Sukaneka, Pertandingan Alunan Azan “Alunan Membawa Keberkatan”, Personaliti Anggun “Cintai Diri, Hargai Diri, Serlah Personaliti”, Mahabah dan Kembara Bermotor.
Pendaftaran Skuad 1Malaysia
bakal ahli SKUAD 1Malaysia |
Pada sebelah malamnya, majlis kerohanian Solat Hajat dan Ceramah Agama telah dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri Pahang.
Selain daripada itu, beberapa agensi kerajaan seperti Jabatan Bomba, Jabatan Penjara Malaysia dan Suruhanjaya Pilihan Raya turut mengadakan pameran.
Program berakhir dengan penyampaian BR1M, penyampaian hadiah pertandingan dan lawatan ke tapak pameran.
tahniah warga Pahang!!
SKUAD 1Malaysia, Sukarelawan Prihatin
No comments:
Post a Comment