Sambutan Peringatan Hari Antidadah Kebangsaan 2012 peringkat Negeri Melaka telah dilaksanakan dengan meriah di Dewan JAPERUN Lendu, Masjid Tanah pada 18 Mac 2012 yang lalu. Pelbagai lapisan masyarakat terutamanya dari sekitar daerah Masjid Tanah telah hadir dengan semangat kesukarelaan.
YB Datuk Wira Abu Seman bin Yusop, Timbalan Menteri Dalam Negeri telah sudi merasmikan dan melancarkan Sambutan Peringatan Hari Antidadah Kebangsaan Peringkat negeri Melaka serta SKUAD 1Malaysia. Di antara intipati ucapannya beliau telah berharap agar SKUAD 1Malaysia di kawasan Masjid Tanah memulakan aktiviti kesukarelaan antidadah dan menjadi contoh kepada ahli-ahli SKUAD yang lain di negeri Melaka.
Selepas ucapan pelancaran, 60 orang wakil SKUAD 1Malaysia telah berarak masuk ke dewan dengan dimulakan dengan bunyi drum beat. Sejurus selesai majlis penyampaian kad keahlian kepada wakil-wakil SKUAD, dewan telah digamatkan dengan sorakan SKUAD 1Malaysia oleh wakil-wakil SKUAD.
Di antara aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan adalah pertandingan melukis oleh 100 orang kanak-kanak, pertunjukan SENTAP oleh Maktab Penjara Kuala Lumpur, persembahan nyanyian oleh Jabatan RELA dan persembahan dikir barat dari PUSPEN Tiang Dua.
|
Pameran oleh Jabatan Kerajaan dan Swasta |
|
Booth pameran AADK dipenuhi oleh ahli-ahli SKUAD 1Malaysia |
|
Pasukan SENTAP Maktab Penjara Kuala Lumpur sedang bersedia untuk membuat persembahan |
|
Ahli-ahli SKUAD 1Malaysia sedang bersedia untuk membuat perarakan masuk ke dewan |
|
ready, 1,2,3 click! |
|
Antara remaja yang hadir |
|
sudut pameran antidadah oleh AADK Melaka |
|
Kami Prihatin, Kami Sedia Membantu |
|
segaknya rakan-rakan dari Klinik Cure and Care 1Malaysia Tampin dengan bunga manggar .. siap sedia menyambut YB Datuk Wira Abu Seman dan Datin Wira. |
|
hasil kreativiti klien di Klinik Cure and Care 1Malaysia Tampin |
|
pasukan kompang cilik turut rehersal... |
|
ketibaan YB Datuk Wira Abu Seman dan Datin Wira disambut dengan paluan kompang dan bunga manggar |
|
Persembahan SENTAP oleh Maktab Penjara Kuala Lumpur |
|
di pentas utama.. turut disertai oleh Dr Rushdi bin Ramly, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AADK |
|
yang penting semangat... persembahan dikir barat oleh PUSPEN Tiang Dua, Melaka |
|
YB Datuk Wira Abu Seman bin Yusop ketika menyampaikan ucapan dan amanat untuk rakyat di Masjid Tanah |
|
YB Datuk Wira ketika menyarungkan vest SKUAD kepada wakil RADA |
|
YB Datuk Wira ketika memakaikan topi SKUAD kepada En Basri, wakil PRS Melaka |
|
Ahli SKUAD menunggu turn untuk bergambar dengan VVIP |
|
tak melepaskan peluang untuk bergambar kenang - kenangan dengan tetamu VVIP |
|
1Malaysia!! |
tahniah kepada semua !!
"SKUAD 1Malaysia, Sukarelawan Prihatin"
No comments:
Post a Comment