ALOR SETAR - Sejumlah 5,236 penagih dadah diletak di bawah kategori
Orang Kena Pengawasan (OKP) di Kedah sehingga November tahun ini, kata
Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Negeri Kedah, Mohammad Nazer
Mustafa.
Beliau berkata, jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak 496 penagih
berbanding tempoh sama pada tahun lepas iaitu 4,740 penagih dadah.
Daerah Kota Setar/Pokok Sena katanya mencatatkan jumlah OKP tertinggi
iaitu 1,010 berbanding 838 OKP bagi tempoh sama tahun lalu, katanya
kepada pemberita selepas Mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah
Peringkat Negeri Kedah hari ini.
Menurutnya, hasil kajian menunjukkan golongan remaja (30 tahun ke
bawah) paling ramai terlibat dengan penyalahgunaan dadah, dengan dadah
sintetik jenis opiat berbanding ganja dan amphetamine, menjadi pilihan
utama.
"Daripada 5,181 penagih dadah yang ditahan sehingga Oktober lalu, 2,753
daripadanya yang dikenakan OKP berumur di bawah 30 tahun manakala
peringkat umur 31 hingga 49 tahun (2,204) dan diikuti 50 tahun ke atas
dengan 224 OKP," katanya. - Bernama
Sumber Sinar Harian 22 November 2015
Hidup Ini Terlalu Indah Untuk Disiakan
Ambil Kisah.Ambil Tindakan
No comments:
Post a Comment