KUALA LUMPUR - Rang Undang-undang Akta Dadah Berbahaya 1952 (Pindaan)
2014 untuk mengekang penyalahgunaan daun ketum perlu diperhalusi bagi
membolehkannya di bentang di Parlimen pada tahun depan.
Timbalan Menterinya, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, perkara itu
memerlukan masa untuk menyediakan takrifan baharu bagi daun ketum agar
ia disenaraikan sebagai dadah berbahaya kerana penyalahgunaan bahan
organik untuk khayal itu, kini terletak di bawah Akta Racun 1952.
"Tahun depan baru bentang semula, tahun ini rasanya tidak sempat,
banyak yang perlu diperhalusi, " katanya ketika dihubungi Bernama.
Beliau berkata demikian mengulas mengenai pengumuman Timbalan Menteri
Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya semalam, bahawa Kementerian Dalam
Negeri (KDN) akan mengambil alih daripada Kementerian Kesihatan untuk
membentangkan semula rang undang-undang berkaitan penyalahgunaan daun
ketum itu.
Pada persidangan Parlimen sebelum ini Kementerian Kesihatan terpaksa
menarik balik pembentangan rang undang-undang itu berikutan terdapat
bantahan terhadap cadangan definisi penyalahgunaannya kerana dikhuatiri
boleh berlaku penganiayaan kepada penduduk kampung, yang menanam dan
menggunakan bahan itu untuk tujuan perubatan dan kesihatan diri.
Nur Jazlan berkata, sehingga kini kementeriannya belum dimaklum secara
rasmi bagi mengambil alih peranan daripada Kementerian Kesihatan
Malaysia untuk membentangkan rang undang-undang berkenaan di Parlimen. -
Bernama
Sumber Sinar Harian 9 November 2015
Hidup Ini Terlalu Indah Untuk Disiakan
Ambil Kisah.Ambil Tindakan
No comments:
Post a Comment