AADK JELI, 13 JANUARI 2016 – Dua pelajar sekolah antara tujuh orang
ditahan kerana disyaki terbabit dengan penyalahgunaan dadah dalam
operasi Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Jeli baru-baru ini. Dua
pelajar terbabit masih bersekolah dalam tingkatan empat di sebuah
sekolah agama di Batu Melintang, Jeli.
Kesemua mereka ditahan
dalam operasi selama lapan jam dari 8 malam hingga 4 pagi dengan
kerjasama Unit Sempadan (UAS) Bukit Bunga. Mereka yang ditahan berumur
14 hingga 22 tahun dan positif dadah jenis Amphetamine (pil kuda) hasil
ujian awal saringan air kencing.
Operasi yang dijalankan hasil
Unit Risikan AADK Jeli selama seminggu melibatkan Kampung Gunung, Sungai
Satan dan batu Melintang.
Taklimat sebelum operasi bermula
Kawasan port yang diserbu
Antara penagih yang ditahan
Antara pelajar yang disyaki terlibat dalam
penagihan dadah
penagihan dadah
Hidup Ini Terlalu Indah Untuk Disiakan
Ambil Kisah.Ambil Tindakan
No comments:
Post a Comment