Disediakan Oleh : Mohd Ezzry Bin Mustafa ( AADK Kuala Muda )
SUNGAI PETANI, 19 JANUARI : Aktiviti tidak
bermoral anak muda akhirnya terbongkar apabila sepasukan Unit Penguatkuasaan
AADK Kuala Muda menjalankan satu operasi berkaitan aduan di sebuah rumah sewa
di Kampung Cheruk Kelubi. Melalui maklumat yang diberikan kepada pihak AADK,
rumah ini menjadi tempat persinggahan popular bagi remaja untuk bersuka ria serta menjalankan aktiviti tidak bermoral.
Dalam serbuan sekitar
jam 11.00 pagi, didapati beberapa pasangan bukan mukhrim berada di dalam rumah
sambil leka tidur berpelukan. Setelah memperkenalkan diri sebagai pegawai AADK
telah menahan 1 lelaki melayu dan 1 perempuan melayu dipercayai terlibat dengan
penagihan dadah.
Dalam operasi aduan
ini juga telah menahan 1 lelaki melayu dan 1 lelaki india yang tinggal di
perumahan Taman Ria, Sungai Petani. Turut dijumpai alatan menagih dadah serta
cebisan daun dipercayai dadah jenis ganja dalam sebuah buku tulis yang
digunakan untuk kegunaan sendiri.
Kesemua mereka
ditahan dan dibawa ke Pejabat Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Kuala Muda dan
hasil ujian saringan air kencing dapat mengesan 2 positif dadah jenis
methaphetamin di Kg Cheruk Kelubi dan 2 tangkapan di Taman Ria positif dadah
jenis ganja. Masing-masing berusia diantara 20 tahun ke 38 tahun. Mereka semua
akan disabitkan kesalahan di bawah seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah ( Rawatan
dan Pemulihan ) 1983.
Keprihatinan
masyarakat tentang masalah sosial terutamanya aktiviti penagihan dadah di
kawasan kediaman amatlah diharapkan dengan melaporkannya kepada pihak
penguatkuasa agar masalah ini tidak menjadi satu masalah yang lebih serius dan
memberi kesan yang negatif seperti kecurian dan jenayah yang lain.
Hidup Ini Terlalu Indah Untuk Disiakan
Ambil Kisah.Ambil Tindakan
No comments:
Post a Comment