Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dengan kerjasama Pejabat Daerah
Kuala Nerus, Terengganu akan menganjurkan program Antidrugs Community
Fun Run 2017 sempena Hari Antidadah Kebangsaan 2017 di Dataran City
Night Games, Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak, Kuala Nerus
pada 4 Mac 2017 bermula dari jam 7 pagi.
Pelbagai aktiviti
disediakan seperti acara larian komuniti antidadah, berbasikal, kasut
roda, jalan kaki, senamrobik dan persembahan buskers.
2000 penyertaan terawal
akan mendapat t-shirt percuma. Anda juga berpeluang menyertai peraduan
Swafoto dan Cabutan Bertuah. Hadiah misteri menanti anda.
Jom hadir beramai-ramai. Masuk adalah percuma. Pencegahan Dadah Bermula Dari Rumah. Maklumat lanjut, sila hubungi Norzira di talian 019-972 8347.
#HADK2017
#PerangiDadahHabisHabisan
#SayangiDirimu
#AmbilKisahAmbilTindakan
Hidup ini terlalu indah untuk disiakan
Ambil Kisah. Ambil Tindakan.
No comments:
Post a Comment