KHUTBAH JUMAAT
“ KOMUNITI KITA TANGGUNGJAWAB KITA “
SEMPENA HARI ANTIDADAH KEBANGSAAN
TAHUN 2018
______________________________________________________________________
Sidang Jumaat Yang DiRahmati Allah Sekalian,
Marilah sama-sama kita meningkatkan ketaqwaan kepada Allah
SWT dengan melaksanakan segala perintahnya dan menjauhi larangannya, agar hidup
kita sentiasa dicucuri rahmat dan keberkatan oleh Allah SWT.
Kita juga sewajarnya bersyukur di atas nikmat yang telah
dikurniakan oleh Allah SWT di mana kita boleh hidup selesa, aman dan damai.
Di samping kita dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan sempurna,
tidak sebagaimana di sesetengah negara yang sentiasa dilanda dengan pelbagai
wabak penyakit, bencana alam, kebuluran, peperangan dan sebagainya.
Sidang Hadirin Jumaat Yang Dikasihi Allah,
Dalam kita berusaha meningkatkan ketaqwaan dan kesyukuran
kepada Allah SWT, sedarkah kita terhadap bahaya ancaman penagihan dadah yang
telah banyak merosak dan memusnahkan hidup manusia, meruntuh kebahagiaan
rumahtangga, mengancam keselamatan diri, agama, bangsa dan negara. Bahkan
banyak jiwa yang terkorban, semuanya berpunca dari angkara penyalahgunaan
dadah.
Menurut statistik yang dikerluarkan oleh Agensi Antidadah
Kebangsaan (AADK) Kementerian Dalam Negeri, sehingga Disember 2017 menunjukkan
bahawa, masyarakat Melayu atau ummat
Islam berjumlah 19,591 orang. Jumlah ini adalah yang paling ramai berbanding kaum lain yang terlibat dengan
gejala dadah daripada jumlah keseluruhannya berjumlah 24,279 orang. Justeru itu
Kerajaan telah pun meluluskan Dasar Dadah Negara dalam mesyuarat Jemaah Menteri
pada 10 Mac 2017 dengan bermatlamat untuk mewujudkan negara dan masyarakat
Malaysia yang bebas daripada ancaman gejala dadah bagi menjamin kesejahteraan
hidup bermasyarakat dan mengekalkan kestabilan serta ketahanan nasional.
Kaum Muslimin Sidang Jumaat Yang Berbahagia,
Dalam hal ini, para ulama’ telah sepakat mengatakan bahawa
menagih dadah hukumnya adalah HARAM di sisi Islam. Firman Allah dalam Surah
Al-Maidah ayat 90 :
Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa
sesungguhnya
arak,
dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib
dengan batang-batang anak panah, adalah semata-mata
kotor
(keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu
menjauhinya
supaya kamu berjaya.”
Dan sabda Rasulullah SAW :
كُلُّ
مُسْكِرِ خَمْرٌ وَكُلُّ خَمْرٌ حَرَامٌ
Maksudnya : “Setiap yang memabukkan adalah khamar (خمر) dan setiap
(خمر) adalah HARAM.”
(HR Muslim)
Berdasarkan ayat Al-Quran dan hadis tersebut jelas menunjukkan
bahawa dadah adalah HARAM hukumnya disebabkan orang yang menyalahgunakan dadah
akan menyebabkan dirinya khayal, hilang kewarasan akal pertimbangannya dan yang
lebih dahsyat lagi akan menyebabkan penagih menjadi agresif dengan sanggup
berbuat apa saja untuk mendapatkan bekalan termasuk menculik, merompak,
membunuh dan sebagainya.
Sidang Jumaat Yang Dimuliakan,
Dewasa ini terdapat pelbagai jenis dadah seperti pil ecstacy,
pil kuda, syabu, daun ketum, ubat batuk dan sebagainya yang terdapat di pasaran
gelap. Namun ini tidak sesekali terkecuali dari pengertian khamar (خمر) dan hukumnya tetap sama.
Sabda
Rasulullah SAW :
لَيَشْرَبَنَّ أُنَاسٌ مِنْ أُمَّتِي الْخَمْرَ
وَيُسَمُّو نَهَا بِغَيْرِ اسْمِهَا
Maksudnya : “Pasti akan ada manusia di kalangan umatku yang
minum
khamar (خمر), namun mereka menamakannya dengan nama-
nama yang lain.”
(HR Abu Daud)
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Pernahkah kita terfikir, apakah akibat yang akan menimpa
seseorang penagih dadah atau peminum arak? Dalam hal ini Rasulullah SAW
bersabda :
مُدْ مِنُ الْخَمَرِ كَعَآ بِدِ وَثَنٍ ( اوكما قال )
Maksudnya : “Penagih khamar (خمر) (penagih dadah) sama seperti
penyembah berhala.”
(HR Ibnu Majjah)
Menurut Al-Syaukani dalam kitabnya (نيل الأوطار), hadis tersebut merupakan ancaman keras kerana menyembah
berhala adalah merupakan satu kekufuran yang sangat berat dosanya. Jadi
menyamakan dosa penagih khamar (خمر) atau dadah dengan dosa penyembah berhala
menunjukkan betapa besarnya dosa dan betapa kerasnya larangan tersebut bagi
mereka yang tahu tentang hukumnya.
Demikianlah nasib malang yang menimpa sebahagian anak muda
dan remaja kita apabila mereka terjebak dengan gejala dadah. Apakah kita sanggup
membiarkan perkara ini berterusan bermaharajalela dalam masyarakat kita?
Maka bersempena dengan sambutan Hari Antidadah Kebangsaan pada tahun ini, marilah kita sama-sama menginsafi diri sejauh mana
kita telah menjaga mereka yang di bawah jagaan kita supaya mereka terselamat
dari pengaruh penyalahgunaan dadah dan perkara-perkara mungkar lain yang boleh
menjerumuskan mereka kedalam api neraka dan jauh dari rahmat Allah SWT.
Justeru, kita sebagai komuniti yang prihatin hendaklah sedar
bahawa kita bukan sekadar dipertanggungjawab untuk mendidik anak-anak sewaktu
di dunia, malah tanggungjawab ini pasti ditanya di akhirat nanti, apakah kita
telah menunaikan amanah yang sepatutnya atau telah mengkhianatinya.
Sebagaimana firman Allah dalam Surah At-Tahrim ayat 6 :
Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah
diri kamu dan
keluarga kamu dari Neraka yang bahan bakarannya,
manusia dan batu (berhala) ; Neraka itu dijaga dan dikawal
oleh Malaikat-Malaikat yang keras kasar (layanannya),
mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang
diperintahkan kepada mereka, dan mereka pula tetap
melakukan segala yang diperintahkan.
Oleh itu, masyarakat hendaklah berperanan membantu membendung
dan membanteras ancaman dadah dalam masyarakat kita dengan tidak meletakkan
tanggungjawab tersebut di bahu pihak berkuasa semata-mata. Kerana kesedaran
masyarakat tentang akibat buruknya kesan penagihan dadah dapat mengawal dan
menghalang dari merebaknya gejala dadah. Dan yang terpenting masyarakat juga
hendaklah memainkan peranan membantu proses pemulihan dan berupaya membantu
bekas-bekas penagih menjalani kehidupan baru bebas dan sihat tanpa dadah.
Kaum Muslimin Sidang Jumaat Yang Berbahagia,
Di antara perkara-perkara yang boleh mencegah dan mengawal
anak-anak kita dari terjebak dan terjerumus dengan gejala dadah serta
perkara-perkara mungkar yang lain diantaranya :
Pertama : Pastikan anak-anak mendirikan solat dengan
sempurna.
Sebagai satu komuniti hendaklah sama-sama memastikan anak-anak kita
mendirikan solat cukup lima waktu dengan sempurna, kerana solat yang sempurna
boleh menjamin seseorang dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.
Kedua : Biasakan anak-anak membaca Al-Quran.
Galakan membiasakan anak-anak membaca Al-Quran. Ditambah
dengan mengerjakan solat sunat, zikrullah dan lain-lain lagi kerana faedahnya
amat banyak. Firman Allah dalam Surah Ar-Ra'd ayat 28 :
Maksudnya : “(iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang
tenteram hati
mereka dengan zikrullah. Ketahuilah! Dengan mengingati
Allah itu, tenang tenteramlah hati
manusia.”
Sebaliknya orang-orang yang lalai akan sentiasa menjadi teman
syaitan dan hidupnya sentiasa menuju ke arah perkara-perkara mungkar.
Ketiga : Amalkan perkara Amar Makruf Nahi Mungkar dalam
kehidupan.
Kehidupan manusia akan menjadi manis dan indah sekiranya Amar
Makruf Nahi Mungkar diamalkan dalam kehidupan seperti sentiasa menjaga batasan
dalam pergaulan, menjaga aurat serta menjaga akhlak dengan merasa malu dan
takut untuk melakukan perkara-perkara mungkar termasuk penyalahgunaan dadah.
Keempat : Mewujudkan suasana harmoni dalam rumahtangga.
Rumahtangga yang harmoni dapat melahirkan suasana keluarga
yang bahagia. Anak-anak tidak merasa bosan dan jemu berada di rumah. Yang paling
penting elakkan anak-anak hidup berfoya-foya tanpa tujuan dan faedah kerana ia
boleh membuka ruang kepada mereka untuk berjinak-jinak dengan dadah.
Kelima : Tanamkan didikan kepada anak-anak supaya benci dadah
serta
sentiasa berhubung dengan pihak yang
bertanggungjawab.
Penglibatan semua pihak dalam komuniti yang berperanan mendidik
serta menyedarkan anak-anak tentang bahaya dan kesan buruk akibat
penyalahgunaaan dadah hendaklah dipertingkatkan, di samping menjauhi tabiat
menghisap rokok dan sebagainya. Keadaan ini dapat membuka pemikiran anak-anak
terhadap bahaya dadah dan rokok. Dan yang paling penting jalinan hubungan
kerjasama dengan pihak yang bertanggungjawab seperti Agensi Antidadah Kebangsaan atau
pihak polis bagi sebarang bantuan yang berkaitan dengan penyalahgunaan dadah.
Kaum Muslimin Sidang Jumaat yang Berbahagia,
Marilah kita sama-sama bertanggungjawab sepenuhnya terhadap
anak-anak kita, pergaulan mereka mesti diambil tahu dan diawasi, terutamanya
dengan siapa mereka bergaul? Ke mana mereka pergi? Dan apa aktiviti mereka?
Keadaan ini bukanlah hendak menyekat atau mengongkong kebebasan anak-anak
tetapi mengambil berat dan prihatin terhadap aktiviti mereka sesuai dengan
kehendak agama. Kebebasan yang kita berikan kepada anak-anak mesti ada
batasannya iaitu dengan batasan agama, akhlak dan sopan santun.
اعوذ با لله من الشيطا ن الرجيم
Maksudnya
: Sesungguhnya syaitan itu hanyalah bermaksud mahu
menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu
dengan sebab arak dan
judi, dan mahu memalingkan kamu
daripada mengingati Allah
dan daripada mengerjakan
sembahyang, oleh itu
mahukah kamu berhenti (daripada
melakukan perkara-perkara
yang keji dan kotor itu atau kamu
masih berdegil)
(Surah
al-Maaidah Ayat :91)
Disediakan
Oleh :
Cawangan
Agama dan Pembangunan Insan
Bahagian
Rawatan, Perubatan dan Pemulihan
Ibu
Pejabat, Agensi Antidadah Kebangsan
#perangidadahhabishabisan
#pencegahandadahbermuladarirumah
#keluargasayatanggungjawabsaya
#komunitikitatanggungjawabkita
Hidup ini terlalu indah untuk disiakan
Ambil Kisah. Ambil Tindakan.
No comments:
Post a Comment