Sempena
sambutan Hari Antidadah 2014, cawangan pencegahan AADK ibu
pejabat dengan kerjasama AADK Daerah Pasir Mas telah mengadakan satu pameran
bas antidadah di hadapan Pasaraya Mydin Rantau Panjang pada 01 Mac 2014.
Antara objektif pameran adalah bagi memberi
sebanyak mungkin maklumat pada orang awam tentang bahaya penyalahgunaan dadah
terutama di kalangan remaja masa kini. Selain
itu, melalui pameran ini, dapat mengeratkan hubungan silaturrahim di antara
masyarakat awam dengan pihak AADK.
AKTIVITI
Sepanjang
program pameran bas antidadah beberapa aktiviti telah dijalankan, antaranya ialah
edaran risalah tentang bahaya dadah, pembahagian cenderahati kepada para
pengunjung dan tidak lupa juga permainan dam ular untuk kanak-kanak cilik. Selain itu juga setiap pengunjung yang
menaiki bas pameran telah diberi penerangan terperinci tentang jenis- jenis
dadah, penyalahgunaan dadah, peralatan yang digunakan oleh penagih.
Program telah dilaksanakan pada 1 Mac 2014 bermula jam 8.00 pagi dan berakhir jam 5.00 petang. Selain pameran antidadah, peserta juga mendapat khidmat nasihat berkenaan Klinik C & C 1Malaysia serta Cure & Care Service Centre ( CCVC ) dimana pengguna dadah boleh mendapatkan rawatan secara sukarela tanpa terikat dengan sebarang perundangan. Kanak-kanak juga berpeluang menyertai permainan dam ular yang menguji minda kanak-kanak.
PENYERTAAN
Lebih kurang 500 pengunjung telah berkunjung ke pameran yang telah
diadakan termasuk kanak-kanak yang tinggal di kawasan sekitar pekan Rantau Panjang.
AMBIL KISAH. AMBIL TINDAKAN.
No comments:
Post a Comment