BAS PAMERAN ANTIDADAH
Lokasi: Dataran SMK Cherang Ruku,
Pasir Puteh, Kelantan
Tarikh: 9 Mac 2014
Masalah penggunaan dadah yang berleluasa hari ini bukan sahaja melibatkan orang dewasa tetapi menular kepada golongan remaja. Kejadian ini menjadi lebih genting disebabkan pengeluaran pelbagai jenis dadah tiruan yang semakin bertambah. Keadaan ini menyebabkan para remaja sentiasa terdedah dan berada dalam keadaan berisiko.
Pendidikan pencegahan
dadah boleh dilakukan dengan pelbagai bentuk dan mesej. Pendidikan
Pencegahan Dadah di sekolah ialah untuk memberi pengetahuan, kesedaran dan
keinsafan kepada murid, guru, kakitangan pendidikan dan ibu bapa akan bahaya
dadah agar mereka menjauhinya dan berupaya menentang ancaman dadah agar mereka
menjauhinya dan berupaya menentang ancaman dadah.
Apabila pendidikan
tentang dadah mula dijalankan di sekolah, mesej yang hendak disampaikan hendaklah
secara mudah dan senang difahami. Golongan remaja mesti didedahkan dengan kesan dan
akibat penyalahgunaan dadah yang boleh mengancam keselamatan Negara. Pihak AADK telah menggerakkan
pameran bas ini di sekolah di setiap daerah termasuklah daerah Pasir Puteh,
Kelantan.
No comments:
Post a Comment