Dungun 22 MAY 2014 : Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Dungun telah dijemput untuk
turut serta menjayakan Majlis Pelancaran Pogram Sepakat 1Malaysia Dan Pemimpin
Bersama Rakyat Peringkat Daerah Dungun 2014.
Program anjuran Pejabat Penerangan
Malaysia daerah Dungun dengan kerjasama Jawatankuasa Masjid Bandar Dungun telah diadakan di Dataran Kejal, Kampung
Pasir Raja Dungun. Selain AADK Daerah Dungun, agensi-agensi kerajaan sekitar
Dungun seperti Pejabat Agama Dungun, Klinik Kesihatan Dungun, Ibu Pejabat Polis
Daerah Dungun, Jabatan Bomba dan Penyelamat Dungun serta Penyelaras Program
Sepakat 1Malaysia turut terlibat dalam program tersebut.
Antara objektif
program komuniti sejahtera ini diadakan adalah untuk melahirkan komuniti yang
sihat fizikal dan mental, melahirkan komuniti yang berilmu, menghindarkan
komuniti dari pelbagai masalah sosial serta mengeratkan ukhwah antara ahli
komuniti.
Pelbagai aktiviti telah disusun oleh pihak
penganjur bagi menarik minat para pengunjung seperti pemeriksaan kesihatan
secara percuma, pameran kesihatan serta pameran dari agensi-agensi lain yang
terlibat, penyampaian hadiah kuiz dan hamper kepada pengunjung yang bertuah.
AMBIL KISAH. AMBIL TINDAKAN.
No comments:
Post a Comment