PAROI, 2 MAC : Sambutan Hari Antidadah Kebangsaan (HADK) 2015 diadakan pada
setiap tahun adalah sebagai memperingati pelancaran Kempen Antidadah Nasional yang
pertama pada 19 Februari 1983 di mana Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, mantan
Perdana Menteri Malaysia telah mengisytiharkan Dadah Musuh Nombor Satu Negara
pada ketika itu.
Pada sambutan tahun ini yang bertemakan “Dadah... Kesannya
Membinasakan”, memberikan mesej mengenai kesan dan bahaya dadah yang
ditunjukkan secara jelas dan berterus terang kepada semua masyarakat agar mereka
“merasai” bahawa penyalahgunaan dadah membawa kebinasaan kepada diri, keluarga,
masyarakat dan negara.
Majlis Sambutan HADK 2015 ini telah disempurnakan bersama oleh YAB Dato’ Seri
Utama Hj. Mohamad bin Hj. Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan dan YB Dato’ Seri
Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Menteri Dalam Negeri. Majlis turut diserikan dengan
kehadiran YBhg. Dato’ Suhaimi bin Abdullah, Ketua Pengarah Agensi Antidadah
Kebangsaan (AADK) serta pegawai-pegawai kanan kerajaan persekutuan serta negeri.
Bersempena sambutan pada kali ini, tetamu-tetamu kehormat telah melancarkan Video
Animasi Kesan Dadah yang memperihalkan kesan buruk pengambilan dadah jenis
Heroin, Syabu, Ecstacy, Pil Kuda dan Ganja.
Majlis dimeriahkan lagi dengan pelbagai aktiviti dan pertandingan seperti Futsal,
sandwichboys and sandwichgirls, Persembahan Sukan Ekstrem (Skateboard & BMX
oleh Persatuan Belia), booth Doktor Muda Bersama Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan
dan gerai jualan produk PUSPEN.
Dalam masa yang sama hadirin yang hadir dihiburkan
dengan beberapa artis tempatan seperti Aris Ariwatan, Saleem, Zehra Zamri dan
Nubhan AF.
Warna PUTIH telah dipilih sebagai tema pada kali ini sebagai simbol kontra dengan
kesan-kesan akibat penyalahgunaan dadah seperti kesengsaraan, kedukaan, kesusahan
dan kebergantungan.
Hidup ini terlalu indah untuk disiakan.
AMBIL KISAH. AMBIL TINDAKAN.
No comments:
Post a Comment