DADAH...KESANNYA MEMBINASAKAN
Mesej
kesedaran sempena Hari Antidadah Kebangsaan 2015
“No one is immune from
addiction; it afflicts people of all ages, races, classes, and professions.”
~
Patrick J. Kennedy ~
Hari Antidadah Kebangsaan disambut pada 19 Februari
setiap tahun. Sambutan ini bertujuan untuk memperingatkan masyarakat Malaysia
akan peranan dan tanggungjawab mereka
mengenai ancaman bahaya dadah
terhadap keamanan, kesejahteraan, keselamatan dan kestabilan sosio-politik
serta ekonomi negara.
Pada 19 Februari 1983, YBhg mantan Perdana Menteri, Tun
Dr. Mahathir bin Mohamad telah membuat pengisytiharan bahawa Dadah Musuh No.1
Negara. Pengisytiharan tersebut dibuat memandangkan bahawa:
- Penagihan
dadah dalam negara akan mencapai tahap epidemik sekiranya langkah-langkah
tegas tidak diambil untuk membanterasnya;
- Sasaran utama
penagihan dadah ialah generasi muda yang merupakan tulang belakang dan
harapan negara di masa hadapan; dan
- Penagihan dan
pengedaran dadah yang berleluasa boleh mengancam kesejahteraan
sosio-ekonomi, rohani dan budaya rakyat jelata dan seterusnya melemahkan
ketahanan nasional dan mengancam keselamatan negara.
Hari
ini, pelbagai
cabaran baru timbul dalam menangani masalah penyalahgunaan dadah. Ini
termasuklah masalah penagihan dadah yang melibatkan golongan muda terutama
remaja dan kanak-kanak.
Penyalahgunaan dadah jenis Amphetamine Type Stimulants (ATS) seperti Ice, Syabu, Pil Kuda dan
Ecstacy adalah sangat membimbangkan kerana ia mudah didapati dan menjadi trend dalam kalangan golongan remaja. Dadah-dadah
jenis ini memberi kesan langsung terhadap sistem saraf tunjang. Contohnya,
pengambilan Syabu akan mendatangkan kesan high
secara serta merta dalam tempoh 5-10 saat kerana ia terus sampai ke otak. Akibatnya, penyalahguna akan mengalami kurang
selera makan, masalah tidur, perubahan mood,
psikosis atau gangguan mental iaitu ketidakmampuan
seseorang menilai antara realiti dan fantasi. Bukan itu sahaja, penyalahguna
Syabu akan kehilangan kawalan diri dan berisiko untuk melakukan
tindakan-tindakan yang ganas dan agresif seperti memukul, membunuh dan
mencederakan orang lain termasuk ahli keluarganya sendiri.
Perkhidmatan rawatan dan pemulihan juga adalah semakin
kompleks dan memerlukan kepakaran yang tinggi. Memberi rawatan dan pemulihan
kepada penagih dadah masa kini yang kebanyakannya adalah penagih pelbagai jenis
dadah dan bahan atau cocktail
merupakan cabaran yang sangat besar kepada semua pegawai-pegawai
pemulihan.
Dunia
menyaksikan kemunculan dadah jenis baru iaitu New Psychoactive Substances (NPS).
Menurut United Nations Office on Drugs and Crime (UNODC), dadah ini
dikenali sebagai “legal high”, “research
chemicals”, “plant food” dan “bath
salt”. Menurut UNODC, NPS merupakan dadah atau bahan yang mengancam
kesejahteraan penggunanya tetapi tidak terkandung di dalam Single Convention on Narcotic Drugs 1961 atau Convention on Psychotropic Substance 1971.
Laporan
Early Warning Advisory on NPS (Dis 2013) terbitan UNODC menunjukkan bahawa
terdapat lebih dari 340 jenis NPS yang telah dikenalpasti di seluruh dunia
secara akumulatif iaitu sejak dari tahun 2009.
NPS memberi kesan yang merbahaya
kepada kesihatan dan boleh menyebabkan kematian. Terdapat kes-kes bunuh diri
dan kematian yang dikaitkan dengan penyalahgunaan synthetic cannabinoids, mephedrone dan synthetic cathinones seperti bath
salt. Contohnya Cathinone MPDV bertindak di dalam transporter dopamine di dalam otak 50 kali lebih kuat berbanding
dengan kesan Kokain. Ini adalah kerana perbezaan struktur kimia yang terdapat
di dalam dadah tersebut menyebabkan kesan yang berbeza dari stimulant sedia ada.[1]
Sambutan Hari Antidadah
Kebangsaan pada tahun ini adalah menggunakan mesej : “Dadah...Kesannya Membinasakan”. Sebarkan dan sampaikan maklumat
mengenai kesan dan bahaya dadah kepada seluruh anak-anak remaja terutamanya kepada seluruh ibubapa agar mereka boleh
membimbing anak-anak dan membuat pencegahan awal di dalam keluarga
masing-masing.
[1]
Bath Salt, spice, and related designer drugs: the science behind the
headlines.; Baumann MH, Solis E Jr, Watterson LR, Marusich JA, Fantegrossi WE,
Wiley JL. J Neurosci. 2014 Nov
12;34(46):15150-8.doi10.1523/JNEUROSCI.3223-14.2014.PubMed PMID: 25392483.
Hidup ini terlalu indah untuk disiakan
AMBIL KISAH. AMBIL TINDAKAN
No comments:
Post a Comment