IBU PEJABAT AADK, 3 MAC : Hasil dari Mesyuarat Jawatankuasa Bertindak
Penguatkuasaan Undang-Undang (JPU) Bilangan 1 Tahun 2015 yang berlangsung
pada 26 Januari 2015, telah bersetuju dengan saranan Yang Berhormat Dato’ Seri
Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri selaku Pengerusi JPU agar pindaan Akta Dadah
Berbahaya 1952 berkaitan kawalan ketum turut meliputi pindaan kadar denda dan
hukuman bagi kesalahan ketum diperketatkan bagi mereka yang menanam, menjual,
mengedar, dan memproses daun ketum.
Sehubungan dengan itu, satu mesyuarat yang dipergerusikan oleh YB Datuk Dr. Haji
Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar bersama YBhg. Dato’ Suhaimi bin Abdullah, Ketua
Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan ahli mesyuarat yang lain telah diadakan di Ibu Pejabat AADK.
Dengan pindaan ini, kita berharap agar kawalan
yang lebih ketat dapat dilaksanakan terhadap pihak-pihak yang mengeksploitasi
daun ketum bagi tujuan disalahgunakan.
Hidup ini terlalu indah untuk disiakan.
AMBIL KISAH. AMBIL TINDAKAN.
No comments:
Post a Comment